seismik

"Gong Yoo Darkweb" - Remaja Ini Segan Selepas Dikatakan Seiras Dengan Hero Train To Busan

Gong Yoo versi Malaysia.

Cover image via @dvnielazhari (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, banyak kita boleh lihat artis K-pop yang semakin popular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh negara

Jika kita sebut sahaja tentang bintang pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Gong Yoo. Pasti terlintas di fikiran kita berkenaan sebuah filem dari Korea Selatan yang pernah menjadi hangat di negara kita iaitu Train To Busan (2016).

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan seorang remaja yang dirakam oleh rakannya disebabkan mukanya hampir mirip dengan pelakon Korea Selatan tersebut.

Lihat video penuh di bawah:

Ingatkan sekadar gurauan, senyuman dan lesung pipit memang ada iras-iras Gong Yoo

Menerusi video yang dikongsi oleh @dvnielazhari di TikTok, rakaman tersebut memaparkan seorang rakannya yang mempunyai iras-iras pelakon terkenal Korea Selatan tersebut.

Reaksi remaja yang dikenali sebagai Aiman tersebut dilihat segan dan tersenyum semasa dirakam. Sosok muka, rambut dan lesung pipitnya mempunyai iras yang sama seperti pelakon yang dikatakan.

Tambahan pula, ruangan komen juga dipenuhi dengan sokongan dan puji-pujian daripada netizen.

"Hat ni version hitam manis" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi remaja tersebut dan bersetuju bahawa rupanya itu mempunyai iras-iras Gong Yoo.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 384.1K views, 34.9K likes dan 853 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Kalau ada slot kosong Squid Game nanti roger :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: