Google Cipta Cara Baharu Daftar Masuk Akaun, Cuma Perlu ‘Selfie’ Sahaja Lepas Ni

Kemas kini itu dibina bertujuan bagi menyediakan pilihan log masuk yang selamat dan fleksibel.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Google

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Google baru-baru ini perkenal cara baharu untuk daftar masuk akaun jika berlaku sesuatu

Menurut Google, ciri ini membantu pengguna yang mungkin menghadapi masalah seperti lupa kata laluan, kehilangan telefon dan juga isu lain yang menyebabkan akaun tidak dapat diakses.

Dengan hanya satu selfie, pengguna dapat mengakses akaun tanpa perlu memasukkan kata laluan atau perlu ada peranti yang dihubungkan dengan akaun ada bersama.

Anda hanya perlu melihat kamera dan melakukan beberapa pergerakan kepala merakam pelbagai sudut

Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk pada masa lain, anda hanya perlu mengambil selfie lain sekali lagi untuk mengakses kembali akaun anda.

Ciri ini akan membandingkan video baharu dengan video yang anda tetapkan bagi mengesahkan ia adalah benar-benar anda dan membantu akaun dapat diakses.

Menurut Google, kemas kini ini dibina dengan tujuan untuk menyediakan pilihan log masuk yang selamat dan fleksibel, seperti passkeys dan recovery contacts.

Anda boleh semak sama ada akaun anda layak untuk menggunakan ciri video selfie ini di g.co/signin-selfie.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: