seismik

GPS Berhantu. Gadis Kongsi Kisah Seram Di Lebuhraya Kajang - Seremban Lewat Tengah Malam

Lepas ini jangan keluar malam, ya!

Cover image via Google

Seringkali kita terdengar kisah-kisah seram melibatkan lebuh raya di Malaysia

Image via Google

Selalunya lebuhraya akan dikaitkan dengan cerita hantu kerana terdapat kepercayaan bahawa terdapat roh-roh terkorban yang maut akibat kemalangan di beberapa kawasan lebuhraya yang menghantui lokasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, kita haruslah sentiasa berhati-hati di jalan raya agar kita selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju dan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seorang gadis menerusi laman Twitter @fiksyenshasha telah berkongsikan tentang pengalamannya yang sesat di lebuh raya Kajang-Seremban lewat tengah malam akibat GPS yang sedang dilayarinya membawanya ke lokasi yang mampu menaikkan bulu roma kita semua.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha, aku Wawa. Aku nak share kisah yg aku sendiri alami. Kisah ini terjadi pada tahun 2015.

Masa tu hari Jumaat. Malam tu aku dan kawan aku, Hana dah plan untuk keluar makan. Aku bertolak dari rumah aku yang terletak di Hulu Langat menuju ke rumah Hana yang terletak di Putrajaya pada jam 9 malam.

Kami decide untuk makan di bandar Nilai pada malam tu (tak tahu lah kenapa, tiba-tiba spontan dia ajak aku makan dekat situ).

Setelah selesai makan, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku decide nak stay rumah mak saudara aku je dekat Mantin, sebab masa tu kami berdua pun dah mengantuk (tula gatal lagi nak makan jauh-jauh, huhu).

Lagipun Mantin tak jauh dari Nilai. Aku tak berapa sure jalan ke Mantin, sebab aku jarang pergi so aku set GPS ke Kolej Lagenda sebab rumah makcik aku dekat rumah pangsa area situ je. Itu jela landmark yang aku ingat.

Kami pun mulakan perjalanan, selepas melepasi area Pajam GPS menunjukkan arah untuk kami terus lagi dan terus lagi dan lagi. Kemudian GPS arahkan kami belok ke kiri. Disitu kawasan perumahan rumah teres.

Agak usang dan gelap. Semua rumah disitu kelihatan usang. Mungkin jimat elektrik masing-masing. Tapi ada seperkara yang aku pelik...

Aku: Seingat aku datang dengan mak aku takde pulak aku kena lalu taman perumahan ni. Biar betul GPS ni?

Hana tengok GPS semula, belek skrin tengok jalan yang dipaparkan dalam GPS.

Hana: Memang dia tunjuk arah ni weh, kau terus lagi kat belakang tu je. Lagi 500m.

Aku pelik sebab rumah makcik aku rumah pangsa, ni rumah teres.

Usang. Gelap. Sunyi.


Aku pun bawa kereta perlahan-lahan ke arah arahan GPS, lalu GPS bersuara ‘You have arrived at your destination’.

 Aku terpaku. Dalam hati aku istighfar banyak. Depan mata aku adalah sebuah kuil, kiri kanan semak samun. Kuil nampak seperti kuil lama. Aku pandang Hana, Hana pandang aku.

Aku: Kau set location ape tadi?

Hana: Kolej Lagenda la weh. Ni ha kau tengok.

Aku pun tengok. Betullah. Aku pun patah balik. Cuba untuk cari jalan keluar. Di kawasan perumahan tu aku boleh sesat nak keluar. Reset location ke Kolej Lagenda, arahnya tetap sama ke arah kuil.

Aku cakap dekat Hana, "Na, baca ayat kursi banyak-banyak, Na." Tak lama lepas tu, akhirnya aku jumpa jalan keluar. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.

Aku pun meneruskan perjalanan. Location dah reset balik. Tetapi lagi sekali kejadian pelik berlaku. Kami tiba-tiba masuk ke satu perkampungan. Di situ ada roundabout kecil dan GPS arahkan kami untuk keluar di first exit (means ikut arah jam pukul 9).

Kami pun terus sehinggalah diberi arahan ‘turn right’. Aku tidak terus ke arah kanan, aku brek mengejut. Hana melatah lalu dia bertanya kepada aku.

Hana: Wawa, kau dah kenapa ni brek mengejut? Terkejut aku.

Aku: Hana, GPS suruh belok kanan ke? Serious?

Hana: Yelah, ni ha kau tengok.

Aku: Hana, kanan ni (aku tunjuk dengan jari).

‘Tanah Perkuburan Islam’

Hana ternganga. Terdiam. Bisu.

Aku pun cepat-cepat tekan minyak berjalan terus. Dalam hati, kalau ada kawasan rumah atau kawasan lapang aku nak pusing pastu keluar terus. Dan aku pusing di sebuah depan rumah kayu yang usang.

Mata aku terpandang sesuatu. Lembaga berkain putih lusuh bertenggek atas tangga rumah kayu tu. Rumah kayu tu pun gelap gelita jadi memang obvious nampak kain putih.

Tak berani nak pandang kiri kanan. Aku terus pusingkan kereta dalam keadaan kalut. Aku tak tau Hana nampak ke tak. Aku lalu semula di depan kubur tu GPS arahkan kami ke kiri (sebab aku dah pusing td jadi kubur belah kiri).

Tapi aku terus tak belok kiri. Sampai la jumpa roundabout tadi tapi aku pelik. Aku pusing roundabout tu 3 kali, lalu balik depan tanah perkuburan tu tapi aku tak nampak jalan keluar. Aku dah tak sedap hati.

Aku berhenti jap tepi jalan tapi bukan la dekat area tanah perkuburan tu. Hana dah diam membisu. GPS berkali-kali arahkan kami patah balik ke tempat tadi. Aku langsung tak nampak apa-apa rumah melainkan rumah kayu yang usang tadi tu.

Aku baca Al-Fatihah, ayat Kursi dan ayat 3 Qul banyak-banyak kali. Baru lah aku nampak signboard ke arah Nilai, Pajam etc.

Aku pun keluar dari situ, then Hana cakap, “Weh, tidur rumah kau jela. Lalu highway LEKAS ni."

Aku pun mengiyakan je. Kami exit highway lekas dari Mantin. Aku ingat gangguan dah habis tapi ada lagi yang terjadi...

Kami melalui highway Lekas melalui exit Mantin. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dari pukul 12.30 tengah malam sampai dah pukul 3 pagi.

Aku dah physically dan mentally exhausted tapi aku teruskan perjalanan, dalam otak aku nak cepat sampai je. Mula-mula exit Mantin tu nampak jugak 2-3 biji kereta meluncur laju meninggalkan kereta Myvi aku ni. Dalam hati aku "Yesss, ada jugak kereta lain."

Hana pulak sejak masuk highway LEKAS dia diam je. Aku tanya Hana, “Hana kau ok ke? Kalau ikutkan Mantin ke Hulu Langat ni kereta tak banyak gini 30-40 minit sampai lah."

Tetapi Hana diam menunduk sahaja hanya menjawab, "Hmmm..." Mungkin dia penat, aku biarkan saja.

Aku pun teruskan perjalanan tapi masa tu dah takde kereta kiri kanan. Meter kereta aku mencecah 120km/j tapi aku rasa kereta aku slow sangat. “Na, pesal kereta aku ni slow sangat ek? Dah tekan minyak pun aku rasa kereta macam kura-kura lagi nih."

Image via Google

Hana tak jawab, just menundukkan kepala ke bawah. Aku pun toleh ke arah Hana, aku nampak tingkap disebelah Hana kain putih berjuntai di tepi tingkap. Aku pandang semula kedepan.

Aku tengok cermin pandang belakang. Gelap gelita. Aku tak nampak langsung line jalan putih ke lampu jalan ke. Aku pandang side mirror belah aku. Nampak je line putih jalan ni. Aku dah tak sedap hati.

Aku amik CD Yaasin aku masukkan dalam player. Tiba-tiba Hana tutup. Aku on balik, Hana tutup balik. Eh minah ni, main-main pulak dengan aku. Aku on balik then kuatkan volume. Tangan aku, aku biarkan di radio tu.

Aku nampak dari ekor mata aku, Hana merenung aku tajam. Tiba-tiba dia gigit tangan aku. Aku menjerit kesakitan. Nasib tak hilang kawalan stereng. Hana start meracau selang seli dengan menangis dengan ketawa.

Aku baca ayat Ruqyah yang aku ingat, aku terlalu takut sampai aku tak berani nak pandang Hana. Tiba2 Hana bersuara, “Kau takut ke? Hahahahahahahahaha!”

Kemudian dia sambung gelak meracau menangis. Dia tolak badan aku, menjerit sekuat hati dia. Kereta hampir hilang kawalan, beberapa kali jugak la nak terlanggar divider.

Aku laung ‘Allahuakbar’ 3 kali lepas tu aku Iqamat. Aku dah tak tau nak buat apa. Depan tu aku dah nampak tol. Lepas je bayar tol aku berhentikan kereta tepi jalan. Aku tengok Hana dah diam, dah terkulai, pengsan mungkin.

Aku call mak ayah aku. Jam waktu tu dah pukul 3.45 pagi. Dalam 4.30 pagi mak ayah aku sampai dengan sorang ustaz. Ustaz tu yang bawak kereta aku sampai la ke rumahnya.

Disitu dia pulihkan semangat Si Hana ni dan biar dia berehat dan kami sekeluarga bawa dia ke rumah mak ayah aku dan aku call mak ayah Hana seusai Subuh.

Pukul 10 pagi Hana tersedar, dia masih lagi pening. Aku menyuruh dia mandi dan makan. Mak ayah dia pun dah sampai kat rumah aku masa tu. Aku tanya Hana apa jadi semalam.

Dia cakap masa exit highway lekas tu dia nampak orang pakai baju putih melambai-lambai ke arah dia.

Dia pun menundukkan pandangan ke bawah dan selepas itu pandangan dia kosong, fikiran dia kosong dan dia rasa badan dia lemah sangat.

“Ada benda yang menyakat kamu ni, hijab kamu ditutup. Kamu tu anak dara, sepatutnya tengah-tengah malam gini duduk dekat rumah. Kawan kamu ni pun semangat lemah dan kebetulan tengah uzur jadi lagi senanglah benda tu nak mengacau.

Nasib dia tak ikut balik ke rumah, kot dah jatuh cinta kat kamu berdua, satu hal pulak nak membela nanti. Lepas ni jangan keluar malam lagi ye”, kata ustaz kepadaku.

Sejak dari itu aku dan Hana tak keluar malam dah. Sebelum pukul 10 malam mesti kami dah balik rumah, huhu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita hantu di SAYS Seismik:

You may be interested in: