GRACSHAW Lancar Topi Keledar Edisi Terhad ‘Mobile Suit Gundam’ Pada Harga RM498

Koleksi ini merangkumi model RX-78-2 Gundam, MS-06S Char's Zaku II dan MS-06F Zaku II.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama topi keledar motosikal tempatan, GRACSHAW baru-baru ini secara rasmi melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam

Inisiatif ini membawakan tiga jentera Mobile Suit paling ikonik daripada siri televisyen asal tahun 1979 terus ke jalan raya menerusi reka bentuk yang khusus buat penunggang dan pengumpul koleksi.

Koleksi terhad ini dibina berasaskan model topi keledar open-face dwi-visar GRACSHAW Glaive yang dipilih kerana geometri cengkerang yang kemas dan berupaya menonjolkan perincian Mobile Suit dengan jelas. Dijual pada harga RM498 setiap satu, koleksi ini merangkumi model RX-78-2 Gundam (1,500 unit), MS-06S Char's Zaku II (1,000 unit), dan MS-06F Zaku II (500 unit) dengan jumlah keseluruhan 3,000 unit bertulis nombor siri khas.

SAYS.com
Image via Gracshaw Malaysia (Facebook)
SAYS.com
Image via Gracshaw Malaysia (Facebook)

Siri Mobile Suit Gundam yang dicipta oleh Yoshiyuki Tomino bersama pereka mekanikal Kunio Okawara telah menjadi fenomena global sejak 1979. Bagi GRACSHAW, kolaborasi ini bukan sekadar menghasilkan topi keledar bertema, sebaliknya menterjemahkan identiti visual legasi Mobile Suit ke dalam bentuk yang boleh dipakai di jalan raya.

Bagi koleksi khas ini, model Glaive hadir dalam konfigurasi lengkap yang dilengkapi rear ducktail khas siri Gundam secara standard bagi menyempurnakan profil aerodinamik dan penampilan topi keledar. Ducktail eksklusif ini turut menampilkan perincian lesen rasmi dan tidak dijual secara berasingan.

Koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam kini boleh didapati di pengedar sah GRACSHAW terpilih

Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan GRACSHAW, Chiong Sai Weng berkata, GRACSHAW mahu penunggang dan pengumpul melihat potensi penuh model Glaive. Beliau menegaskan bahawa reka bentuk ini bukan sekadar kemasan warna baharu, tetapi merupakan bentuk definitif yang memberi kenyataan gaya di jalan raya.

Tambah beliau, GRACSHAW mengekalkan ketelitian pengumpul termasuk pilihan warna merah jambu dan marun khusus bagi model Char's Zaku II mengikut rujukan figuran rasmi Bandai.

SAYS.com
Image via Gracshaw Malaysia (Facebook)
SAYS.com
Image via Gracshaw Malaysia (Facebook)

Setiap pembelian didatangkan dalam pembungkusan khas edisi terhad yang mengandungi kad nombor siri terhad, beg simpanan topi keledar, kad jenama, pelekat dan manual pengguna. Kesemua edisi telah mendapat kelulusan dan persijilan SIRIM serta ditawarkan dalam saiz S hingga 2XL.

Koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam kini boleh didapati bermula 7 September 2026 di pengedar sah GRACSHAW terpilih seperti Roda Kota, Bikerz Garaj, Serdang Motorcycle, Super LS Motor Parts (Jalan Ipoh), Welly Sungai Buloh, Tokan Helmet, BLH Motor, WK Motorsport, Ann Seng Motor, CKT Motor, Hock Lee Motor dan GRACSHAW Concept Store Hock Lee sementara stok masih ada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: