Guru Agama Bunuh Teman Wanita Dalam Kereta Kerana Bosan Didesak Kahwin
Akibat sering dipaksa untuk berkahwin, guru agama tersebut bertindak membunuh teman wanitanya.
Seorang guru agama bertindak menikam teman wanitanya selepas bosan didesak untuk berkahwin dengan wanita tersebut
Mangsa, Nur Salina Nazir, 34 juga merupakan seorang janda yang mempunyai empat orang anak dibunuh di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi semalam
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa ditemui dalam kereta miliknya di hadapan sekolah tersebut
"Mayatnya ditemui di dalam kereta milik dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri," katanya.
astroawani.comMenurut beliau, guru agama tersebut diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Bharu setelah dia mengaku membunuh mangsa
"Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya," katanya lagi.
astroawani.com