Guru Di Sabah Belajar Guna Chainsaw Demi Bina Asrama, Niat Bantu Puluhan Pelajar Pedalaman

Mesti anak murid semua sayang cikgu ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi memastikan pelajar pedalaman terus mendapat peluang belajar, seorang guru di Pitas, Sabah sanggup melakukan sesuatu yang luar biasa

Lissuzianah Lawrence, guru Bahasa Inggeris di SMK Kanibungan, pernah belajar mengendalikan chainsaw, membancuh simen dan menyusun bata untuk membina sebuah asrama bersama 15 pelajarnya pada tahun 2011.

Menurut laporan Free Malaysia Today, usaha itu dilakukan selepas beliau melihat ramai pelajar dari kampung yang terletak lebih 100 kilometer dari sekolah terpaksa berhenti belajar kerana tiada tempat tinggal berhampiran.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan, mereka berjaya menyiapkan asrama tersebut dalam tempoh tujuh bulan dengan kos sekitar RM60,000, jauh lebih rendah berbanding anggaran RM1.3 juta oleh kontraktor.

Lissuzianah yang dibesarkan dalam keluarga petani tanpa bekalan elektrik dan air bersih berkata, pengalaman hidupnya mendorong beliau kembali berkhidmat di Pitas selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008

Di sekolah, beliau menggunakan pendekatan mudah untuk menarik minat pelajar menguasai Bahasa Inggeris, termasuk meminta mereka menulis sekurang-kurangnya 50 patah perkataan serta menyediakan kamus menggunakan wang sendiri kepada pelajar yang tidak mampu.

Hasilnya, seramai 14 pelajar memperoleh gred A bagi Bahasa Inggeris dalam SPM tahun lalu, rekod terbaik sekolah tersebut.

Kini, inisiatif yang bermula dengan menyewa sebuah rumah untuk empat pelajar telah berkembang menjadi Agape House, sebuah rumah asrama yang menempatkan 35 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Bagi Lissuzianah, setiap anak mempunyai potensi untuk berjaya. Apa yang penting ialah keazaman, usaha dan keberanian untuk mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: