Guru Wanita Didakwa Jalinkan Hubungan Terlarang Dengan Pelajar, Beberapa Kali Check In Hotel

Guru berkenaan turut didakwa melakukan perbuatan seksual dan merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbuatan seorang guru wanita yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun terbongkar selepas keluarga remaja dan pihak sekolah mengetahui kejadian berkenaan

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, hubungan itu dipercayai terjalin sejak tahun lalu dan pasangan terbabit didakwa beberapa kali mendaftar masuk hotel di Seri Kembangan selain bertemu di kediaman guru berkenaan.

Pelajar itu mendakwa guru berusia 30-an terbabit pada awalnya mengajaknya keluar berjalan-jalan dan makan sebelum membawanya ke sebuah hotel.

Guru berkenaan turut didakwa melakukan perbuatan seksual dan merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.

Kes itu terbongkar selepas keluarga serta pihak sekolah menemui video berkenaan, sebelum laporan polis dibuat

Polis kemudian menahan guru terbabit di sekitar Bandar Kinrara kira-kira 10.30 malam, Isnin lalu.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, guru yang didakwa mempunyai hubungan terlarang atau melakukan gangguan seksual terhadap murid akan diasingkan daripada sekolah sementara siasatan dijalankan.

SAYS.com

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad

Image via Berita Harian

Katanya, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan tidak lagi ditugaskan bersama murid.

Sekiranya kes berkenaan sampai ke peringkat sebutan mahkamah, guru terbabit boleh dikenakan tahan kerja dan hanya menerima separuh daripada gaji.

Jika didapati bersalah selepas proses mahkamah, tindakan tatatertib turut boleh dikenakan termasuk dibuang kerja, mengikut prosedur ditetapkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: