Habib Al Haddad Rangkul Juara Pre-Teen Lelaki Malaysia Supermodel Search Kids 2026

Habib bakal terlibat dalam pementasan teater Pengembaraan Sang Kancil yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 November ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usaha gigih, disiplin pentas, dan keyakinan tinggi akhirnya membuahkan hasil manis buat model cilik, Habib Al Haddad, 11, apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara (Winner) Malaysia Supermodel Search Kids 2026 bagi kategori Pre-Teen Lelaki

Pertandingan anjuran Runway Productions yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights pada 27 Oktober lalu itu menjadi platform berprestij dalam mengetengahkan bakat-bakat baharu industri peragaan tanah air.

Keupayaan Habib menambat hati barisan juri profesional termasuk wakil Persatuan Pereka Bumiputera (MODA), pengasas Minggu Fesyen Antarabangsa Borneo Raya (BCIFW), Mister International Myanmar, Miss Grand Malaysia 2026, serta Supermodel Malaysia sekali gus mengiktiraf bakat serta karisma peragaan yang dimilikinya pada usia muda.

Kemenangan ini menambah koleksi pencapaian membanggakan buat Habib yang sebelum ini pernah merangkul pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya gelaran Winner – Best Model di Malaysia Couture Fashion Week 2025, 1st Runner-Up di Iconic International Model Search 2025, pemenang Gold Award di Triumph Talent Competition 2026, serta tersenarai dalam Top 5 Face of Malaysia 2025 dan Top 100 Youth Model 2026.

SAYS.com
Image via @iamhabib_alhaddad (Instagram)

Habib bakal melebarkan sayap ke dunia seni persembahan menerusi penglibatan dalam pementasan teater Pengembaraan Sang Kancil yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 November ini

Selain aktif di pentas peragaan fesyen, bakat muda ini turut mengumpul portfolio luas dalam bidang komersial menerusi pembabitan dalam sesi fotografi, kempen pengiklanan, dan penggambaran televisyen (TVC) bersama jenama-jenama terkemuka seperti PETRONAS, KFC, CUCKOO, CHEETAH dan ESKAYVIE. Pengalaman berharga ini bukan sahaja memberi pendedahan awal mengenai dunia produksi profesional, malah memupuk kemahiran komunikasi serta disiplin kerja yang tinggi.

Melangkah lebih jauh selepas kejayaan di pentas fesyen, Habib bakal melebarkan sayap ke dunia seni persembahan menerusi penglibatan dalam pementasan teater Pengembaraan Sang Kancil yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 November ini. Peluang ini menjadi langkah penting buat Habib untuk meneroka bidang lakonan dan pengacaraan secara lebih serius demi menggapai impiannya menjadi penghibur versatil serta mewakili Malaysia di persada antarabangsa suatu hari nanti.

Ibu kepada Habib meluahkan rasa syukur atas pencapaian tersebut sambil menyifatkan kemenangan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. Beliau sentiasa berpesan agar anaknya kekal merendah diri, menghormati orang lain, dan berpegang kepada prinsip "Dream Big, Work Hard, Stay Humble and Keep Shining!" dalam mengejar setiap impian.

SAYS.com
Image via @iamhabib_alhaddad (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS