3 Situasi Yang Menyebabkan Ramai Orang Kutuk Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen
Walaupun ramai yang teruja dengan perkahwinan mereka tidak lama lagi, ramai juga yang berasa kurang senang dengan kelakuan mereka.
Seperti sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen akan menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Perkahwinan mereka ini ternyata dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
Hanis Zalikha: "Alhamdulillah lewat petang semalam (21 Mac) saya selamat bertunang dengan Hairul dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga di kediaman ibu bapa di Bukit Jelutong (Shah Alam)."
"Hairul menghantar rombongan untuk mewakilkannya. Kami tetapkan 5 Jun depan untuk nikah tapi lokasi tak pasti lagi sama ada di masjid atau rumah ibu bapa di sini."
"Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang."
Pertama sekali apabila Hairul membuat kejutan dengan secara tiba-tiba melamar Hanis di pentas Gegar Vaganza yang ketika itu sedang bersiaran secara langsung Januari lalu
Pelakon Hairul Azreen membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad (4 Januari 2015) apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri.
Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Selepas itu, pasangan ini dikatakan terbang ke Dubai untuk membeli cincin perkahwinan, ke Paris untuk sesi fotografi pre-wedding dan untuk membeli barang hantaran, kemudian ke Jakarta untuk menempah baju perkahwinan
Kami rasa dalam masa beberapa bulan ni, Hairul dan Keknis cuma menghabiskan masa menjelajah beberapa buah negara untuk mencari idea sempena majlis perkahwinan mereka tak lama lagi.
Korang bayangkan, beli cincin di Dubai, sesi photoshoot pra-perkahwinan di Paris, dan yang terbaru ke Jakarta pula mencari fabrik sesuai untuk busana pengantin. Confirm meletop wedding diorang ni nanti.
Sebelum ni kita dapat lihat pasangan bercinta ni ke Dubai, London dan Paris bersama keluarga Keknis, kan? Tapi kali ini, bakal pengantin menghabiskan masa bersama keluarga Hairul pula di Jakarta.
Dan yang terbaru, Hanis dan Hairul menganjurkan peraduan 'Beli & Menang' iaitu dengan membeli produk kecantikan Toujours Advanced Collagen, anda berpeluang untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka
Beli produk kecantikan dan sertai cabutan bertuah untuk memenangi kad jemputan kahwin pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasangan pengantin, malah amat janggal dan `lari' daripada kelaziman adat masyarakat Melayu.
Lazimnya, masyarakat Melayu terkenal dengan adat menjemput tetamu bagi meraikan pengantin dengan hati ikhlas, bukannya 'mempertandingkan' peluang untuk menghadiri majlis berkenaan.
Gara-gara peraduan berkenaan, pasangan ini teruk menerima kritikan dan tohmahan daripada orang ramai di laman sosial. Masing-masing menganggap pasangan ini terlalu terikut-ikut dengan budaya barat.
Disebabkan itu juga, ramai yang bertindak memuji tindakan pelakon Yana Samsudin yang sebelum ini mengajak seluruh peminatnya untuk hadir ke majlis perkahwinannya bersama Fadzil Zahari tanpa pilih kasih
Selain Yana, penyanyi Ziana Zain turut terkena tempias pujian peminat
Apa-apa pun, kami di SAYS mendoakan semoga segala persiapan pasangan ini dipermudahkan Tuhan dan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan mereka kelak