seismik

Nurul Izzah & Hannah Yeoh Ingin Kritikan Terhadap Cucu Perempuan Zahid Hamidi Dihentikan

Menurut Hannah Yeoh, Sofea terlalu muda untuk memahami keadaan sebenar.

Cover image via Google

Cucu kepada Zahid Hamidi yang berusia sembilan tahun iaitu Sofee kini sedang menghadapi 'serangan balik' dari masyarakat selepas videonya yang tular baru-baru ini di laman Instagram milik ibunya, Nurulhidayah Ahmad Zahid

Dalam klip video tersebut, Sofea memberitahu pihak lawan datuknya bahawa "saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman."

Video tersebut telah mula tular di laman sosial dan membuatkan ramai masyarakat naik 'berang' dan mula mengkritik perbuatannya itu.

Namun begitu, selepas melihat kecaman yang diberikan kepada Sofee semakin teruk, Hannah Yeoh lalu bertindak mempertahankan kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu

Hannah Yeoh

Image via Youtube

Beliau menulis melalui status Twitter, "Saya minta agar kita berhenti berkongsi video kanak-kanak itu. Dia terlalu muda untuk memahami apa yang sedang berlaku dan ianya adalah perkara biasa untuk kanak-kanak untuk berperasaan sebegitu kepada datuk dan nenek mereka," kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. 

Tambahnya lagi, "Orang dewasa perlu tahu lebih baik dan tidak memanipulasi emosinya, anak itu tidak bersalah."

Bukan itu sahaja, Nurul Izzah juga turut menyentuh tentang isu ini dengan menyuarakan pendapat beliau untuk masyarakat menghentikan kes 'buli' sedikit demi sedikit

Nurul Izzah.

Image via The Malaysian Insight

"Tinggalkan anak itu sendiri, adalah baiknya untuk setiap orang menjaga periuk nasi anda sendiri," kata Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut laporan, aktivis hak asasi kanak-kanak iaitu Dr Hartini juga menyeru para pengkritik kanak-kanak muda tersebut dengan mengatakan bahawa - "Anda tidak boleh mempunyai dua cara iaitu marah apabila berlaku kes cyberbully terhadap seorang kanak-kanak dan mengatakan tidak mengapa untuk berbuat demikian kerana anda tidak suka keluarganya! Lepaskan dia! Anda tidak mempunyai hak."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini merupakan video Sofea yang telah tular di media sosial sejak hari Jumaat lalu, 19 Oktober:

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: