seismik

[VIDEO] "Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" - Cucu Zahid Hamidi

Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh ibunya di laman Instagram kira-kira dua hari yang lalu.

Cover image via Instagram @nurulzahid

Ahmad Zahid Hamidi, yang kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta selepas ditahan dengan 45 jenis pertuduhan itu dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa berada bersamanya

Salah seorang ahli keluarganya merupakan cucu perempuan berusia 9 tahun yang bernama Sofee.

Baru-baru ini, dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee memberitahu pihak lawan datuknya bahawa "saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman."

Dalam klip berdurasi 28 saat itu kelihatan bahawa ibu kepada cucu perempuan presiden UMNO itu telah melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur 'ugutan' bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi.

Lihat klip penuh video tersebut di bawah:

"You can lock my grandpa up, but not his soul and his fighting spirit. We are his family and we will never stop praying for him.

"I will make your life un-peaceful (sic). I will make you regret your life. Remember – I am only nine years old and I am my country's future."

BAHASA:

"Anda boleh menahan atuk saya, tetapi bukan jiwanya dan semangat juangnya. Kami adalah keluarganya dan kami tidak akan berhenti berdoa untuknya.

"Saya akan membuat hidup anda tidak aman, saya akan membuat anda menyesali hidup anda. Ingat - Saya berusia sembilan tahun dan saya adalah masa depan negara saya."

Video tersebut juga telah meraih sebanyak 88,291 ribu tontonan. Namun, bahagian komen posting video itu telah ditutup oleh Nurulhidayah Ahmad Zahid sendiri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca penuh tentang 45 pertuduhan yang dikenakan ke atas Zahid Hamidi:

More stories to read: