seismik

"Hantu Hospital Kawaii" - Dari Sekadar Filter Anime, Tiba-Tiba Jadi Filter Cari Entiti

Betul ke tak eh?

Cover image via @sunquickl (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, ramai TikTokers mencuba satu filter iaitu filter anime

Filter itu menjadi tular di laman sosial TikTok. Hanya mengambil gambar di mana-mana tempat ataupun gambar orang, ia akan berubah menjadi watak anime.

Namun, baru-baru ini tular apabila filter itu dikatakan berubah menjadi seram. Seorang wanita berkongsi ketika dia membuat video di laluan hospital yang kosong tetapi lain pula yang muncul telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sunquickl

menyesal try kat hospital

-

Laluan di hospital kosong, tetapi filter detect ada orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia berkongsi ketika dia membuat video dengan menggunakan filter anime itu.

Namun lain pula yang jadi, pada asalnya laluan hospital itu kosong. Tetapi, filter itu menangkap seperti ada orang di hadapannya sebaik sahaja ia bertukar menjadi anime. Walhal, tiada siapa di depannya.

Malah, bukan dia sahaja yang mengalami pengalaman ini. Tetapi, ramai TikTokers turut mengalami pengalaman yang sama.

Lihat video lain itu di bawah:

@nur.iqah.adam Replying to @666skerrskerr -

"Nasib baik filter ni dah ubah siap-siap rupa yang cantik. Kalau ori boleh pengsan dekat situ" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 3.3M views, 192.3K likes dan 1,390 comments di TikTok. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haa sudah, boleh detect hantu pulak :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: