seismik

"Haram Jadah" - Awalnya Cuma Promote Sayur, Mak Cik Geram Maki Kereta Hilux Jadi Tumpuan

Pekat betul loghat Pahangnya.

Cover image via @aemieruls_ (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masyarakat di kampung lebih selesa untuk mengusahakan tanaman dan barang basah sendiri kerana lebih menjimatkan

Bagi mereka, berbakti kepada tanah merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meruncing.

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter berkenaan gelagat seorang mak cik yang mempromosikan barangan jualan sayur di gerainya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah sibuk rakam harga jualan di gerai, tiba-tiba terkena tempias lecak

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @aemieruls_ di Twitter, dilihat gelagat seorang mak cik sedang menghamburkan kata-kata kesat ke arah sebuah kereta Hilux di hadapan gerainya.

Pada awalnya, mak cik itu sekadar ingin merakam video harga sayur-sayuran yang dijualnya di sebuah gerai tepi jalan.

Namun, secara tiba-tiba sebuah kereta Hilux bergerak laju melanggar lecak bersebelahan mak cik itu dan melempiaskan ke arahnya.

"Hadoi, makcik terperanjat tengah duk dengar tiber kena maki" - Netizen

Susulan tular video itu yang kini telah meraih 564.1K views, 2.9K retweet dan 4.9K likes, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mak cik itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mak cik tak salah, kereta Hilux tu yang salah :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: