"Haram Kerja Di Kedai Fotostat" - Satu Teguran 'Makan Dalam' Yang Ramai Orang Salah Erti
Macam manalah nak faham kalau baca tajuk je.
Hari ini, Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim, Xifu Naser melalui Sinar Harian menerbitkan sebuah artikel yang diberi judul 'Haram Kerja Di Kedai Fotostat'
Biar betul? Mula-mula baca tajuk tu, terus rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Dah tak boleh kerja di kedai fotostat pulak ke?
Seperti yang dijangka, netizen pun mulalah mengeluarkan hujah dan pendapat melalui ruangan komen di Facebook. Ramai yang didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan Xifu Naser.
Tapi sebelum membuat sebarang spekulasi, apa kata kita baca dulu isi yang terkandung dalam artikel tersebut. Berikut adalah sedikit intipati yang dipetik:
Soalan yang popular ialah:
"Haramkah saya bekerja di tempat yang jual arak seperti 7-Eleven, Tesco dan sebagainya?"
Saya tanya balik:
“Adakah haram bekerja di kedai fotostat buku? Undang-undang memang membenarkan fotostat sebahagian daripada buku untuk tujuan akademik tetapi bukan seluruh buku.”
Respon yang biasa ialah:
“Mengapa haram pula? Bukankah Islam galakkan kita menuntut ilmu! Bukankah membaca buku itu satu cara untuk menuntut ilmu? Takkanlah penulis begitu berkira. Pahala diberi kepadanya nanti.”
Respon saya seperti berikut:
"Bagaimana periuk nasi mereka? Bila kamu fotostat sebuah buku, kamu telah merompak duit yang perlu digunakan untuk membeli susu bayi! Yang paling tragisnya ialah kamu guna buku itu untuk kegunaan diri kamu sehingga mendapatkan [ijazah}(http://says.com/my/seismik/ragam-pelajar-uiam-ambil-gambar-konvo) supaya kamu dapat hidup mewah kelak!
"Bila kamu kerja di kedai yang fotostat seluruh buku, tidakkah kamu rasa berdosa setiap hari kerana begitu banyak buku kamu sudah rompak?
"Kalau sebuah buku agama itu menggunakan hadis-hadis palsu, dan kamu fotostat buku itu dan kamu dapati ia akan disebarkan kepada orang ramai, adakah kamu tidak rasa berdosa besar?
"Manakah yang lebih haram di antara kerja di kedai yang jual arak dan kerja di kedai fotostat yang jual hadis palsu, berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW sehingga merosakkan aqidah dan prinsip asas agama?"
Sebenarnya, isu yang cuba disampaikan di sini bukanlah tentang pengharaman kerja di kedai fotostat.
Tetapi lebih kepada kritikan atau sindiran terhadap pihak agamawan yang hanya membincangkan topik yang termasuk dalam Mainstream Religious Discourse.
Isu di sini ialah mengapa wacana pengharaman di atas disenyapkan?
sinarharian.com.myDr Maza telah menyindir mengapa pihak agamawan begitu taksub mengharamkan vape tetapi diam dalam isu bauksit yang lebih memudaratkan. Ini adalah kerana isu bauksit tidak termasuk dalam Mainstream Religious Discourse.
Ia seolah-olah mereka akan dianggap religious jika berbincang mengenai hukum vape tetapi tidak religious untuk berbincang tentang hukum bauksit.
Artikel ini juga merupakan satu teguran kepada para agamawan agar sentiasa telus dalam mengeluarkan hukum dan berani menyatakan kebenaran.
Bukan hanya sekadar heboh satu perkara, tapi perkara lain tutup mata saja.
Xifu Naser mengakhiri tulisan beliau dengan ayat di bawah:
Isu haram bukan sekadar hukum tetapi ia adalah isu konsistensi dalam wacana pengharaman. Konsistensi ini hanya akan tercapai jika agamawan kita tidak menjadi lalang yang mengikut arus perdana tetapi berdiri atas prinsip bercakap benar walaupun pahit.
Baca tulisan penuh Xifu Naser DI SINI.
Ok, dah faham kan? Good! :)
P/S: Lain kali jangan baca tajuk je. Baca kandungan artikel, fahamkan betul-betul, lepastu baru komen. Ok?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!