Harga iPhone X Turun Sebanyak RM561 Dan Apple Mungkin Hentikan Pengeluaran Pada 'Mid 2018'
iPhone X kini boleh didapati pada harga serendah RM4,588.
Buat pertama kalinya, iPhone X mencecah harga paling rendah iaitu pada RM 4,588 untuk model 64GB sekali gus mencapai diskaun sebanyak RM561!
iPhone X merupakan model iPhone terbaru keluaran syarikat teknologi gergasi, Apple yang hadir dengan rekaan skrin OLED terang, sokongan FaceID untuk nyah-kunci peranti, fungsi kalis air, dan beberapa lagi ciri menarik seperti Animoji.
Sebelum ini, harga rasmi iPhone X dengan storan 64GB ialah RM5,149, tetapi Lazada kini menawarkan set rasmi iPhone X dari Apple Malaysia pada harga runtuh iaitu RM4,588 sahaja!
Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri di sini.
Satu sumber melaporkan bahawa iPhone X sebenarnya kurang mendapat sambutan dari segi jualan di China.
Oleh itu, Apple dikatakan bakal menghentikan operasi penghasilan iPhone X seawal pertengahan 2018.
Memetik sumber MacRumors, Apple akan menghentikan penghasilan iPhone X generasi pertama apabila model generasi kedua dilancarkan pada tahun ini, dan tidak bercadang untuk menurunkan harganya.
Menurut penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo, tujuan Apple berbuat demikian adalah bagi tidak merencatkan jualan iPhone generasi terbaru, yang diramal turut hadir dengan fungsi premium.
Selain itu, perkara ini juga berlaku kerana sambutan yang rendah dari jangkaan di pasaran China. Pengguna di China merasakan skrin pada iPhone X adalah terlalu kecil.
Harga jualannya yang jauh lebih mahal juga mendatangkan kesan negatif.
KGI meramalkan Apple akan menghasilkan tiga peranti iPhone terbaru tahun ini dengan rekaan yang seumpama iPhone X
Ketiga-tiga model mempunyai saiz dan teknologi skrin yang berbeza. Model paling besar dilengkapi skrin OLED 6.5″ dan model paling kecil dilengkapi skrin OLED 5.8″, manakala yang ketiga dijangka hadir dengan skrin LCD 6.1″.