Harga Luar Biasa Murah, Pangsapuri Dua Bilik Tidur Di China Terjual Pada Harga RM6.80 Sahaja

Biar betul, murahnya!

Cover ImageCover image via South China Morning Post

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pembeli di China mencuri perhatian selepas berjaya mendapatkan sebuah pangsapuri dua bilik tidur pada harga cuma 11 yuan (RM6.80) menerusi festival beli-belah tahunan Double 11

SAYS.com
Image via South China Morning Post

Tawaran luar biasa itu dibuat menerusi platform lelongan dalam talian Alibaba Auction dan berjaya menarik penyertaan lebih 1,600 pembida.

Menurut laporan South China Morning Post, pangsapuri berkeluasan 68 meter persegi itu terletak di tingkat tujuh sebuah bangunan kediaman di wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Lelongan berkenaan bermula dengan harga pembukaan serendah satu yuan (RM0.60), manakala bidaan meningkat dalam gandaan 0.01 yuan sehingga mencapai had maksimum 11 yuan (RM6.80).

Menurut rekod platform, seramai 1,677 pembida menyertai lelongan tersebut dengan keseluruhan 1,001 bidaan dibuat sebelum ia ditutup pada 5 November lalu.

Pembida yang berjaya merupakan individu tidak dikenali dari wilayah Jiangsu-Zhejiang, timur China

SAYS.com
Image via South China Morning PostImage via

Dia berjaya mendapatkan hartanah itu selepas menjadi individu pertama yang mengemukakan bidaan maksimum sebanyak 11 yuan.

Kedua-dua bayaran pembelian dan yuran transaksi platform dilaporkan sudah dijelaskan.

Bagaimanapun, pembeli masih perlu membayar kira-kira 2,000 yuan (RM1,235) bagi cukai duti statutori sebelum proses pemindahan hak milik hartanah dapat diselesaikan.

Ketika ditemu bual menerusi siaran langsung lelongan, pembeli berkenaan memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk menetap di wilayah Heilongjiang.

Sebaliknya, dia bercadang menjadikan pangsapuri tersebut sebagai rumah percutian yang akan dikunjungi sekali-sekala ketika musim sejuk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS