Harga Tiket ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula Daripada RM125, RM60 Untuk Ke Kuantan

Operasi komersial landasan kereta api itu dijadualkan pertengahan Disember ini.

Cover ImageCover image via ECRL & Threads

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tambang bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan bermula daripada RM125 bagi perjalanan antara Gombak dan Kota Bharu

Menerusi laporan Berita Harian, harga tersebut adalah untuk perkhidmatan transit Kelas Ekonomi bagi perjalanan terbabit.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan struktur tambang itu pada 16 Oktober lalu berdasarkan mekanisme penetapan harga dinamik.

SAYS.com
Image via Threads

Tambang perjalanan dari Gombak ke KotaSAS bermula pada harga RM60

Bagi laluan Gombak-Kota Bharu sepanjang 523 kilometer, tambang Ekspres akan bermula daripada RM147.

Tambang Transit bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dan KotaSAS masing-masing pula bermula daripada RM95 dan RM60.

Sementara itu, tambang Ekspres bagi laluan Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS masing-masing akan bermula daripada RM110 dan RM68.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: