Hari Khamis, 19 Mac Ini Ditetapkan Sebagai Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal

Ada raya terkejut ke tahun ni?

Cover ImageCover image via Ghazali Kori & Aizuddin Saad

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Petang hari Khamis, 19 Mac ditetapkan sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Syawal di 29 lokasi di seluruh negara

Menerusi laporan Harian Metro, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa turut akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui siaran radio dan televisyen.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah," menurut kenyataannya.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Berikut adalah lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal:

  • Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
  • Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Bukit Jugra, Banting
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
  • Balai Hilal Pantai Pasir Panjang, Manjong, Perak
  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  • Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kedah
  • Menara Alor Setar, Kedah
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  • Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  • Balai Cerap KUSZA, Setiu, Terengganu
  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, Kelantan
  • Pusat Falak, Miri, Sarawak
  • Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  • Bintulu, Sarawak
  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah
  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  • Menara 188, Kuantan, Pahang
  • Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  • Menara Kuala Lumpur
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik