seismik

Hasil Kajian Makmal Di Jepun Buktikan Air Beralkali Baik Untuk Tubuh Badan, Ini Sebabnya!

Berapa gelas air yang anda minum dalam satu hari?

Cover image via Vecteezy

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Panasonic.

Umum sedia maklum, air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen

Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Bagaimanapun, tahukah anda air jenis beralkali sebenarnya mempunyai perbezaan paling ketara pada kadar pHnya berbanding air biasa?  

Apa yang membezakan air alkali dengan air biasa ialah tahap pHnya. Air alkali ialah air dengan paras pH melebihi neutral iaitu dengan nilai 7 ke atas.

Air mineral, air water filter yang dipasang di rumah dan air paip yang dididihkan biasanya memiliki nilai pH antara 7.1 ke 7.5. Air alkali pula memiliki nilai pH antara 8 hingga 14.

Image via Panasonic

Apa itu air beralkali dan kenapa ia baik untuk tubuh badan?

Air beralkali kebiasaannya mempunyai mineral tambahan seperti magnesium, potassium, bikarbonat dan kalsium membuatkan rasanya lebih sedap berbanding air biasa.

Terdapat dua cara untuk menghasilkan air beralkali iaitu dengan menambahkan khasiat mineral ke dalam air atau melalui proses elektrolisis. 

Proses ini melibatkan penggunaan mesin 'ionizer' bagi meningkatkan paras alkali dalam air biasa sekaligus mengurangkan tahap acidity dalam air paip biasa.

Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Berikut antara kelebihan lain pengambilan air minuman beralkali untuk tubuh badan manusia:

1. Mengurangkan penyakit refluks asid

2. Mengurangkan kepekatan darah

3. Mengimbangi tahap pH dalam darah

4. Mengurangkan tekanan darah, paras gula dan kolesterol

5. Mengurangkan risiko jangkitan bakteria dan virus yang tidak diingini

Mampu singkirkan sehingga 99.9% virus dan 99.999% bakteria!

Untuk anda yang ingin menggunakan air beralkali sebagai minuman harian, anda boleh mendapatkannya daripada Panasonic Alkaline Ionizer yang bukan sahaja memberikan anda air alkali berion, air tapis dan air yang mengandungi asid lemah tetapi jenama ini turut diperakui halal!

Panasonic Alkaline Ionizer ini juga bukan sahaja memberi anda pilihan untuk memilih kadar pH air alkali iaitu pH 8.5, pH 9.0, pH 9.5 dan pH 10.0, anda boleh memilih untuk minum air tapis atau air yang bersifat asid lemah dengan pH 5.5 dan pH 3.0 yang bersih dan selamat daripada bakteria dan bahan kimia berbahaya.

Malah, ia turut telah terbukti berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuklah virus Influenza A yang jauh lebih kecil berbanding Coronavirus disamping menyingkirkan 99.999% bakteria dan 19 jenis bahan berbahaya yang terkandung di dalam air paip biasa.

Kedua-dua ujian ini telah dijalankan di Kitasato Research Center for Environmental Science dan di Japan Food Research Laboratories (JFRL) yang terletak di Kanagawa dan Shibuya, Jepun.

Bukti kedua-dua keputusan ujian menunjukkan bahawa Panasonic Alkaline Ionizer mampu singkirkan sehingga 99.9% virus dan 99.999% bakteria.

Image via Panasonic

Jimat kos dan mudah dijaga dengan Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700

Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700

Image via Panasonic

Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 iaitu pengeluaran produk baharu daripada Panasonic dilengkapi dengan pengesanan optimum isipadu aliran air dan kualiti air yang memastikan penjanaan stabil alkaline ionized water yang selamat dengan pH yang kurang daripada 10.

Untuk pengetahuan anda juga, cartridge yang digunakan untuk produk daripada Panasonic ini hanya menggunakan satu cartridge dalam jangka masa satu tahun.

Disebabkan ini, pengguna boleh mengurangkan kos yang banyak kerana tidak perlu menggantikannya setiap tiga bulan atau kurang daripada itu.

Anda juga boleh menggantikannya dengan sendiri kerana ia lebih mudah. Tak perlu untuk anda membuat pembayaran hanya untuk menggantikan catridge yang sudah digunakan.

Selain itu, anda juga boleh pasang peranti Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 dengan mudah dan melakukannya sendiri.

Anda tak perlu risau kerana mereka akan memberikan manual dan penerangan terperinci yang mempunyai langkah demi langkah untuk anda ikut ketika memasang peranti.

Harganya juga jauh lebih murah berbanding penapis air beralkali yang lain turut menjadi salah satu faktor mengapa Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700 ini menjadi salah satu kelengkapan rumah yang wajib untuk dimiliki.

Disclaimer: Air minuman beralkali tidak sesuai diambil oleh mereka yang sedang dalam preskripsi ubat-ubatan dan pembuatan susu formula bayi.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Panasonic Ultra Filtration Alkaline Ionizer TK-AS700, anda boleh layari laman web Panasonic atau klik sahaja di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik