seismik

"Hey, Let's Go!" - UNIQLO Lancar Koleksi UT Kedua Kolaborasi Bersama Studio Ghibli

Koleksi istimewa ini didatangkan eksklusif hanya untuk enam negara di Asia Tenggara.

Cover image via UNIQLO Singapore

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama produk fesyen terkemuka, UNIQLO hari ini telah mengumumkan koleksi T-shirt dan juga barangan dengan kerjasama studio animasi terkemuka dari Jepun iaitu Studio Ghibli

Koleksi ini dilancarkan bersempena UNIQLO Singapura mengadakan press event bertempat di Bugis+, Singapura pada Khamis, 17 Ogos lepas dengan tema “Hey, Let's Go!”.

Ini kali kedua UNIQLO berkerjasama dengan Studio Ghibli dan buat julung-julung kalinya juga, pengarah dan penerbit Studio Ghibli iaitu Toshio Suzuki turut hadir bersama pelakon popular Thai dan peminat tegar Ghibli, Mario Maurer bagi memeriahkan lagi pelancaran koleksi berkenaan.

Pengarah dan penerbit Studio Ghibli, Toshio Suzuki.

Image via UNIQLO Singapore

Pelakon popular Thai dan peminat tegar Ghibli, Mario Maurer.

Image via UNIQLO Singapore

Koleksi istimewa ini didatangkan eksklusif hanya untuk enam negara di Asia Tenggara bermula 21 Ogos ini

Koleksi baharu ini akan tersedia eksklusif di enam buah negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam, serta di UNIQLO.com di negara tersebut.

Reka bentuk pada pakaian akan menampilkan seni daripada karya utama Ghibli, serta reka bentuk inspirasi Ghibli daripada artis Thailand Kanyada dan Encik Suzuki.

Koleksi ini juga akan tersedia dalam saiz dewasa, kanak-kanak dan bayi di semua kedai UNIQLO serta dalam talian di Malaysia. Selain kemeja-T, koleksi ini juga akan merangkumi baju, sweatshirts, stoking, dan round mini shoulder bags yang telah terbukti popular di seluruh dunia.

Berikut di bawah antara contoh koleksi terbaharu menarik daripada UNIQLO x Studio Ghibli:

Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia
Image via UNIQLO Malaysia

Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi UT terbaharu UNIQLO bersama Studio Ghibli ini, jangan lupa kunjungi kedai UNIQLO berdekatan anda bermula 21 Ogos ini atau klik sahaja pada pautan ini untuk pembelian online.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: