x

seismik

“Hi Sayang” - Teguran Sweet Suami Buat Isteri Masa Dekat Traffic Light Ini Jadi Perhatian

Bersemut.

Cover image via @pelisahh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat hari ini, suami isteri turut perlu bekerja untuk kewangan yang lebih kukuh

Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Barang pula semua mahal sekarang. Kebiasaannya si suami pasti lebih gemar menaiki motosikal berbanding pandu kereta betul tak?

Bukan apa sebab ia lebih cepat. Tahu-tahu saja terserempak dengan kereta isteri yang pada awalnya sudah jauh ditinggalkan.

Sama seperti video di TikTok ini apabila panggilan sweet suami ketika pasangan itu berjumpa di lampu merah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Suami sempat tegur masa dekat lampu merah

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang berada di sebuah jalan menunggu lampu merah.

Namun, tiba-tiba dia menyedari suaminya di jalan raya dan cepat-cepat mengambil video. Malah, suaminya sempat memanggil "Hi sayang" ketika mereka terserempak di situ.

"Lelaki aku pula kalau terserempak gini ' hey bro pi mana ' hahahah tak ada sweet-sweet gini" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 303.4K likes dan 1,344 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tolong hormat sikit orang-orang single di luar sana kak :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik