seismik

"Terlebih Jantan" - Lelaki Ini Beria Nak Potong Kek Birthday Sampai Pisau Terpatah

Kuat sangat abang ni.

Cover image via @ijam_petra (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menyambut ulang tahun hari jadi sudah menjadi perkara wajib setiap tahun

Ditambah pula dengan kek dan tiupan lilin sambil diiringi dengan nyanyian lagu. Siapa saja tidak gembira kan? Lagi-lagi kalau dapat hadiah, memang suka sangat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tidak sengaja mematahkan pisau pemotong keknya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tekan kuat sangat sampai pisau terpatah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk memotong kek hari jadinya di pejabat.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah dia dengan tidak sengaja telah mematahkan pisau tersebut semasa sesi memotong.

Kejadian itu membuatkan dia dan rakannya tergelak kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku.

"Dengan aku sekali terkejut hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 415.2K views, 38.5K likes dan 557 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kek tu yang keras atau dia yang kuat sangat? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: