seismik

Video CCTV Gelagat Budak Lelaki Buat Perangai Jadi 'Keras' Masa Solat Ini Menghiburkan

Aduhai dik!

Cover image via @huruhara1526 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memupuk anak-anak untuk solat daripada kecil sememangnya perkara yang bagus

Tidak kisahlah walaupun mereka tidak tahu lagi untuk solat, tetapi dengan ajaran daripada kecil boleh menjadi amalan bila besar nanti.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak lelaki buat-buat 'keras' masa solat telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah: 

Tiba-tiba buat badan kejang masa tengah solat

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman CCTV menunjukkan suasana jemaah yang sedang bersolat di sebuah surau.

Namun, ia terakam gelagat seorang budak lekaki yang tiba-tiba bermain dan membuat aksi keras kejangnya semasa solat.

Situasi itu membuatkan salah seorang lelaki ternampak dan menegurnya sambil tertawa melihat perangai budak itu.

"Nasib baik ada yang nampak kalau tak mahu sepanjang rakaat dia buat macam tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perangai budak lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 717.6K views, 87.6K likes dan 884 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baiklah ada orang yang nampak dia. Buat perangai betul :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: