seismik

Kawan 'Kenakan' Member Print Tiket Flight Guna Kertas A3, Ramai Pula Terhibur Tengok

Akak tu pun terkejut.

Cover image via @adlyameer (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi lumrah sebelum menaiki pesawat kita perlu mencetak tiket terlebih dahulu

Ia kerana nanti akan ada pegawai di pintu masuk menyemak segala maklumat kita sebelum masuk ke pesawat. Kebiasaannya orang akan cetak tiket dalam kertas A4.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki terpaksa menahan malu kerana dikenakan rakannya yang mencetak tiketnya dalam kertas A3 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adlyameer Member kena dajjal print A3 boarding pass. #foryoupage #langkawi original sound - Adly Ameer

Tak tahu tiket dicetak dalam kertas A3

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang beratur untuk memasuk ke ruangan menunggu penerbangan. Sebelum itu dia perlu memberikan tiketnya untuk disemak oleh seorang pegawai.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah tiketnya itu dicetak dalam kertas A3 membuatkan wanita yang menjaga itu tergelak melihatnya. Difahamkan, dia tidak tahu ianya dicetak dalam A3 memandangkan rakannya yang mencetaknya. Malah, orang di sekelilingnya juga terhibur melihat tiketnya itu.

"Dah macam baca peta dunia dah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat tiketnya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 371.3K likes dan 2,853 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, itulah kadang-kadang tak boleh percaya member sendiri ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: