seismik

"Demam" - Sampai Beribu Ringgit, Lelaki Ini Tunjuk Harga Tiket Parking Yang Tak Dibayar

Banyak oi!

Cover image via @naz_famili (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya jika kita pergi ke sesebuah tempat terutama pusat beli-belah, pasti kita perlu membayar tiket parking betul tak?

Harga caj pula berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang caj mahal walaupun tidak sampai satu jam masa anda meletakkan kenderaan. Tetapi, ada juga yang murah.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki menunjukkan tiket parking yang sudah lama tidak dibayar telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tengok harga tiket yang tak dibayar lama

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di kawasan parking kereta dan mahu membayar tiketnya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah semasa dia memasukkan tiket parking tersebut, dia terkejut melihat harga yang perlu dibayar.

Mungkin juga itu adalah tiket yang sudah lama tidak dibayar, disebabkan itu harganya menjadi sangat mahal daripada biasa.

"Dah berapa tahun parking ni? Boleh beli kereta second hand lah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing selepas melihat harga tiket itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 188.1K views, 4,014 likes dan 105 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Telan air liur terus tengok harga tiket dia weh! :{

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: