seismik

[VIDEO] Gadis Acah Jadi Wartawan Lokasi Buat Liputan 'Khinzir' Melintas Ini Undang Ketawa

Steady je buat liputan sis.

Cover image via @emmeowme (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.



Seperti umum tahu, pembelajaran secara bersemuka kini sudah boleh dibenarkan dengan mengikut SOP yang ketat

Pasti ramai yang rindu untuk kembali ke kampus terutama sekali bila berjumpa dengan kawan-kawan.

Pada masa inilah mereka akan mengukir banyak kenangan bersama ketika di kolej. Ada saja perangai yang ditunjukkan.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menjadi wartawan dan membuat liputan di kolejnya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat buat liputan masa haiwan tengah melintas

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bersama rakannya di kolej mereka.

Namun, secara tiba-tiba mereka ternampak seekor khinzir sedang melintas bersama anak-anaknya di dalam kampus tersebut.

Situasi itu membuatkan dia terus bertukar menjadi wartawan dan acah membuat liputan di lokasi sambil dirakam oleh kawannya itu.

"Tahap steady diaorang ni macam dah hari-hari kena hadap"- Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 519.7K views, 101.1K likes dan 1,985 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Selamba je sis tu buat liputan ya, dah biasa agaknya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: