seismik

[VIDEO] "Kami Yang Tersurprise" - Geng Wanita Tahan Malu, Salah Bilik Nak Surprise Member

Aduh, malu!

Cover image via @_cikneynaaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya orang akan membuat kejutan hari jadi dalam pelbagai cara

Ia mestilah dirahsiakan daripada orang yang diberi surprise tu betul tak? Kalau dia tahu rosak lah plan nanti. Kek sudah menjadi makanan wajib yang perlu ada sambil menyanyikan lagu happy birthday kepada orang tersebut.

Namun, lain pula dengan video di TikTok apabila geng wanita ini terpaksa menahan malu kerana tersilap bilik mahu memberi kejutan kepada rakan mereka telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terkejut tengok buka pintu orang lain keluar

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang bersiap sedia untuk memberi kejutan kepada rakan mereka dibilik hotel.

Seorang wanita dilihat sedang memegang kek hari jadi berserta dengan lilin untuk ditiup. Namun, sebaik saja mereka mengetuk pintu lain pula yang jadi.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki dengan muka yang terkejut kerana tidak menyangka perkara itu. Malah, geng wanita itu terpaksa menahan mahu kerana rupa-rupanya mereka salah bilik.

"Hahaha dalam hati mamat tu birthday aku lambat lagi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 297.3K views, 16.9K likes dan 297 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Niat dah betul, info pula salah dapat :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: