seismik

"Main Mesin Halal Way" - Gadis Terpaksa Tahan Malu, Autopay Buat Hal Bagi Duit Berterabur

Macam menang wang tunai ya.

Cover image via @sabrina.fadzl (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita semua mesti sudah biasa melihat atau menggunakan mesin autopay ketika ingin membayar parking betul tak?

Namun, lain pula yang terjadi dengan video di TikTok ini apabila sekumpulan gadis yang terpaksa berdepan dengan 'duit terbang' di mesin autopay semasa membayar parking telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sabrina.fadzl

HAHAHAHA yang tukang record pun geram je nengok hahahahah

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Tak sangka duit boleh keluar 'terbang' dari mesin autopay

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis ketika itu sedang membayar parking di mesin autopay di temani rakannya.

Namun, ketika mahu menerima duit baki, mesin itu dilihat memberikan wangnya sehingga berterabur terbang dan jatuh di lantai.

Situasi itu membuatkan gadis tersebut tidak tahan gelak kerana terpaksa mengutipnya satu per satu di atas lantai.

"Cakap dengan mesin tu kalau tak ikhlas jangan kerja" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 318.9K views, 38.4K likes dan 600 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bertabah je lah ya kena kutip satu-satu balik duit tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: