seismik

[VIDEO] Sayang Telefon Punya Pasal, Rakan Sanggup Letak Balik Dalam Kotak Lepas Guna

Dia jaga betul tu.

Cover image via @serkopmerah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai telefon pintar sudah menjadi seperti keperluan di zaman sekarang

Bukan saja untuk mudah berhubung, malah semua maklumat anda boleh dapatkan menerusi telefon pintar anda. Memang canggih sungguh. Jadi, tidak hairanlah mengapa harganya beribu-ribu.

Ada yang sanggup mengumpul duit lamanya untuk mendapatkan telefon tersebut. Pastilah akan dijaga dengan baik betul tak?

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat rakannya yang sangat menyayangi telefon pintarnya telah menjadi perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Simpan balik dalam kotak lepas guna

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita tersebut sedang bersama seorang rakan lelakinya di pejabat mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu sempat merakam gelagat rakannya yang dilihat meletakkan kembali telefon pintarnya ke dalam kotak selepas digunakan. Malah, lelaki itu siap masukkan kotak tersebut ke dalam poket seluarnya.

" Dia buat macam casing doh hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi pandangan mereka sendiri selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 170.6K views, 7,547 likes dan 192 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa je tak sayang telefon mahal kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: