seismik

Gelagat Wanita Berlakon Semula Situasi Di ‘Stesen Minyak’ Ini Buat Ramai Boleh Relate

Betul!

Cover image via @keynaaa_azami (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita singgah di stesen minyak, kita pasti akan mengingat nombor di pam berapakah kereta kita

Iyalah, kalau salah nombor nanti masuk pam yang salah pula kan. Pasti ramai yang pernah menghadap situasi ini di mana pada awalnya saja ingat tapi sampai di kaunter lupa pula.

Sama seperti video lakonan yang dikongsikan oleh wanita tentang situasi semasa berada di stesen minyak yang ramai dapat relate.

Lihat video itu di bawah:

Berlakon situasi yang ramai orang lakukan di stesen minyak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berlakon kononnya dia berada di sebuah stesen minyak.

Dia kemudian menghafal nombor pam minyak keretanya dan pergi ke kaunter pembayaran. Namun, setibanya dia di situ, dia lupa dan perlu menoleh belakang banyak kali untuk mengingat kembali pam keretanya.

Situasi itu ternyata membuatkan ramai yang dapat relate dan ramai mengaku melakukan perkara sama.

"Sama la macam kita, tengok banyak kali pun tak ingat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat lakonan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 389.3K views, 27.7K likes dan 215 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mesti ramai macam tu juga kan? Samalah kita :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik