seismik

[VIDEO] Muka Mirip Dengan Pelakon Elfira Loy, Pekerja Kedai Ini Curi Tumpuan Ramai

Pelanduk dua serupa.

Cover image via @nrl.syaqilah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah dengar kan peribahasa pelanduk dua serupa?

Ia bermaksud, orang yang seakan-akan sama rupanya. Memang kadang kala rasa teruja itu akan timbul bila lihatnya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai mirip dengan seorang pelakon telah menarik tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Senyuman manis, wajah pula mirip pelakon

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah kedai makan. Namun, sebaik saja makanan sampai, dia menyedari muka pekerja kedai itu mirip dengan seseorang.

Bila dipandang lebih dekat, rupa gadis kedai itu tidak ubah seperti pelakon Elfira Loy, malah senyumannya yang manis itu menambahkan lagi seri.

"Saya pun hari tu makan kat sini. Memang sama muka dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi perkara sama ketika makan di kedai itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 509.7K views, 28.6K likes dan 473 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Samalah muka dia, lama pula tak nampak Elfira Loy berlakon :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: