seismik

"Muka Putih" - Bangunan Tiba-Tiba Berasap, Wanita Terpaksa Keluar Time Tengah Buat Facial

Tak senang akak tu.

Cover image via @krispydonutss (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat beli-belah merupakan tempat yang ramai kunjungi untuk dapatkan barangan tertentu

Bukan saja setakat shopping, tetapi ada pelbagai aktiviti yang ditawarkan di situ. Malah, ia juga menjadi tempat kegemaran buat wanita memanjakan diri contohnya seperti membuat facial.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang wanita terpaksa keluar dari bangunan dengan muka yang putih semasa melakukan facial telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terpaksa keluar dari kedai sebab bangunan berasap

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita berkenaan sedang berada di sebuah pusat beli-belah untuk membuat facial.

Namun, tiba-tiba bangunan tersebut berasap menyebabkan semua orang di dalam itu terpaksa keluar demi keselamatan masing-masing.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu terpaksa keluar dalam keadaan mukanya yang masih putih ketika melakukan facial. Situasi itu menyebabkan ada juga yang tergelak melihat wajahnya itu.

"Akak dah macam Ryan Bakery dah ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 531.9K views, 59.8K likes dan 1,244 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lawaklah kak, yang penting selamatkan diri dulu betul tak :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: