seismik

"Suka Hati Je" - Reaksi Wanita Selamba Halau Orang Cop Parking Ini Buat Ramai Puas Hati

Terbaik kak.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang yang kita boleh lihat di sosial media mengenai isu 'cop parking' ini

Sudah tentu, ia amat menimbulkan kemarahan ramai. Tambahan lagi bagi yang menghadapi situasi itu sendiri.

Sudahlah lama menunggu, tiba-tiba ada pula yang berdiri menunggu dalam tempat tersebut. Pastilah rasa marah bukan?

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan tindakan seorang wanita memarahi seseorang kerana dia cop tempat parking telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Terus marah cakap tak boleh cop parking

Menerusi video rakaman dari dashcam itu, kelihatan pemandu sedang mencari parking di sebuah kawasan kedai.

Namun, dia kemudian terlihat parking kosong tetapi ada seseorang yang telah menunggu di situ. Dia kemudian dengan beraninya membuka tingkap dan memarahinya dengan memberitahu ia tidak boleh dicop.

Situasi itu membuatkan perempuan tersebut terus beredar dari tempat parking berkenaan sebaik saja dimarahi.

"Bagus kak! Marah lagi spesis macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.8K views, 1,009 retweets dan 1,723 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kan dah kena sound, mana boleh nak cop-cop parking ni :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik