seismik

[VIDEO] Penduduk Dapat Kecaman Ramai, Duduk Flat Tapi Cop Parking Guna Tong Sampah

Apalah perangai macam ni.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak kes kita boleh lihat sekarang ini yang melibatkan penduduk flat merebut parking

Ia sebenarnya adalah kawasan parkir terbuka dan sesiapa saja penduduk flat boleh meletakkan kenderaan mereka. Namun, ada sesetengahnya mempunyai kepentingan sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan mentaliti sesetengah penduduk flat yang menanda kawasan parkir mereka telah mencetuskan kemarahan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Selamba cop parking sampai letak tong sampah dan motor

Menerusi video tersebut, kelihatan seseorang telah merakam segelintir perangai penduduk di situ yang dilhat menandakan kawasan parkir untuk mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka sehingga menandakan parkir menggunakan tong sampah, seolah-olah itu adalah parkirnya dan tidak boleh meletakkan kereta.

Lihat antara video lain di bawah:

"Ni nama dia B40 tapi selera T20. Jijik perangai suka cop tempat parking ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen turut mengecam tindakan sesetengah penduduk yang sesuka hati berbuat demikian.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 178.2K views, 3,094 retweets dan 2,858 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Haih, masih ada lagi mentaliti macam ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: