seismik

"Fuh Lalu Lengan" - Artis Makan Di Kedai Salt Bae, Netizen Persoal Caranya Tabur Garam

Fuh, telan air liur.

Cover image via @rafyaakob (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang pernah mendengar atau melihat video salt bae bukan?

Jadi siapakah dia lelaki kacak di sebalik cermin mata hitam ini? Dia bernama Nusret Gökçe ataupun dikenali dengan nama salt bae, salah seorang co-owner untuk sebuah kedai steak terkenal di Turki Nusr-Et. 

Dia juga sangat obses dengan pisau dan daging. Dan jika anda perasan, gambarnya dengan selebriti pastinya dia akan memegang pisau.

Baru-baru ini, sekumpulan selebriti dari Malaysia telah berkongsi video telah singgah makan di salah satu restorannya. Tetapi, ia bertukar menjadi lain apabila netizen pula mempersoalkan cara salt bae menabur garam yang telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rafyaakob Daging harimau menangis version #SaltBae @nusr_et Che La Luna - Louis Prima

Nak kongsi makan di kedai, lain pula yang netizen perasan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan selebriti dari Malaysia sedang menjamu selera di restoran popular yang dimiliki oleh salt bae.

Namun, apa yang menjadi tumpuan ramai adalah di mana saat-saat salt bae mahu menabur garam yang merupakan signaturenya.

Kelihatan dia menabur garam sehingga mengenai bahagian lengannya. Situasi itu membuatkan ramai netizen mempersoalkannya.

"Air peluh lengan dia yang buat mahal weh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi reaksi selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 95.2K likes dan 1,707 comments di TikTok.

Berikut di bawaha dalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Wow harga dia, bukan biasa-biasa tu. Level kayangan!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: