seismik

"Pengotor" - Dapat Aduan Tandas Awam Mahal, Rupa-Rupanya Ini Sebab Uncle Caj 50sen

Patutlah.

Cover image via @Marina_Ibrahims (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tandas awam adalah salah satu perkhidmatan awam yang perlu kita jaga bersama

Tetapi, ramai yang tidak mengambil endah hal ini dengan mengotorkan lagi tandas awam. Jadi, tidak hairanlah mengapa kita perlu membayarnya untuk masuk ke tandas.

Baru-baru ini, ADUN Skudai, Marina Ibrahim berkongsi di laman Twitternya telah turun untuk melihat sendiri keadaan tandas awam di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang dikatakan mahal telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Pengguna tak reti jaga kebersihan, buang sampah dalam lubang tandas

Menerusi posting tersebut, Marina memberitahu pejabatnya telah menerima aduan di mana tandas awam tersebut mengenakan cas RM0.50 sen sekali masuk.

Difahamkan, sebelum itu tandas berkenaan mengenakan 30sen sekali masuk sebelum menaikkan kepada 50sen. Namun, hasil lawatannya mengejutkan apabila dia meninjau sendiri keadaan di tandas tersebut.

Menurut uncle itu, kenaikan itu dibuat selepas faktor harga barang naik dan perlu membayar gaji pekerja RM1,200 seorang.

Malah, dia menjelaskan dengan gaji tersebut dan keadaan yang kotor, tiada orang tempatan yang mahu melakukannya.

Lihat sambungan posting itu di bawah:

"Kalau toilet tu bersih seringgit pun tak ada hal" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 3,555 retweets, 579 quotes tweets dan 5,548 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Respect dekat uncle tu, sanggup ambil tugas untuk jaga kebersihan tandas :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: