seismik

Pemuda Hantar Voice Note Pada Pemain Bola Sepak Negara, Tak Sangka Ini Pula Yang Dibalas

Kelakar juga Junior ni ya.

Cover image via @capikdepaula (TikTok) & @junioreldstal (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang semua tahu, baru-baru ini Bahrain telah menumpaskan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sudah tentu perkara itu amat mengecewakan ramai orang. Namun, adat dalam permainan ada kala menang dan ada kalanya kalah.

Pelabagi reaksi yang telah diberikan oleh peminat sukan itu. Termasuklah seorang pemuda ini apabila videonya yang memaparkan memberi voice note kepada pemain bola sepak negara, Junior Eldstal telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja beri voice note pada Junior, tak sangka dibalas balik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi voice note yang dihantarnya kepada pemain bola sepak negara itu.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah dia tidak menyangka yang pemain bola sepak tersebut turut membalas voice note yang diberikannya melalui DM (Direct message) di Instagram itu.

Lihat video sambungan di bawah:

"Buat macam member lepak setable ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 784.9K views, 68.1K likes dan 524 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai bang, buat macam kawan dah lama ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: