seismik

"1 Berapa" - Uncle Ini Tanya Harga, Ingat Dekat Stall Makanan Majlis Kahwin Kena Bayar

Sopan je uncle tu tanya.

Cover image via @cendoleshomemade (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang, banyak kita boleh lihat pelbagai stall makanan di majlis perkahwinan orang Melayu betul tak?

Ada cendol, sate dan pelbagai lagi. Sudah tentu orang Melayu sudah biasa melihat ini, tetapi bagi orang bukan Melayu kadang-kadang mereka tidak tahu yang sebenarnya makanan di stall itu adalah percuma.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang uncle bertanyakan berapa harga cendol ketika berada di sebuah majlis perkahwinan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap tanya harga makanan berapa ringgit satu

Menerusi video tersebut, kelihatan peniaga cendol itu sedang berada di sebuah majlis perkahwinan untuk menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir.

Namun, tiba-tiba datang seorang lelaki Cina dan meminta cendol daripadanya. Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia selepas itu bertanya berapakah harga untuk satu cendol berkenaan.

Situasi itu membuatkan peniaga itu tergelak dan memberitahunya ia adalah percuma.

"Cara serve macam kat kedai kot dia pun confuse tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel uncle tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 665.3K views, 47.6K likes dan 379 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik dia tanya dulu tak keluarkan duit terus :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: