seismik

"Carrot Dinosaur" - Hiasan Curi Tumpuan, Lelaki Pelik Tengok Air Carrot Susu Yang Dipesan

Carrot tabur.

Cover image via @syukriazman27 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya jika singgah ke kedai makan, kita pasti akan memesan makanan dan minuman kegemaran kita betul tak?

Namun, ia mungkin berbeza-beza rasa di setiap kedai yang kita kunjungi. Semuanya mengikut style kedai itu sendiri termasuklah hasil hiasan makanan dan minuman mereka.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang pemuda hairan melihat air yang dipesannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelik tengok air lain daripada yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang berada di sebuah kedai makan bersama rakan-rakannya.

Difahamkan, dia memesan air carrot susu. Namun, sejurus tibanya air itu, dia dilihat seperti keliru melihat cara penyediaan minuman itu.

Dapat dilihat kedai itu meletakkan hirisan carrot di atas air. Situasi itu sempat dirakam oleh rakannya yang melihat reaksi muka pemuda itu.

"Tak apa carrot kan baik untuk mata hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 622.9K views, 49K likes dan 1,158 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain daripada yang lain ya air carrot susu dia :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: