5 Idea Ini Pasti Dapat Hiburkan Anak-Anak Masa Cuti Sekolah. Seronok!
Anak-anak tak bosan dah.
“Papa, mama bosanlah duduk rumah cuti sekolah ni. Jomlah jalan-jalan”.
Haa..rasanya inilah ayat yang paling kerap didengar bila tibanya cuti sekolah. Pada masa ni jugaklah, ibu bapa dah mula dilema nak bawak anak berjalan ke mana.
Kena pulak cuti panjang kita tak approve, memang cancel lah plan nak bawak keluarga bercuti. Siapa kata nak hiburkan anak-anak kena bawak bercuti jauh-jauh je. Nah, kami kongsikan idea buat korang yang buntu tu!
1. Movie day!
Hujung-hujung tahun ni, memang banyak sangat filem kartun yang akan keluar di pawagam. Haa..apa kata hujung minggu tu korang luangkan masa dan bawak anak-anak tengok wayang. Mesti diorang excited dapat tengok filem kartun favourite diorang.
Lagi bagus kalau korang jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti mingguan. Anak-anak happy, korang pun lagilah happy!
2. Parti sleepover!
Zaman sekarang ni nak biarkan anak-anak keluar dengan kawan-kawan tanpa pengawasan kita macam bahaya pulak kan. Jadi apa kata korang jemput kawan-kawan diorang datang rumah dan berparti!
Haa..kalau nak lagi meriah, korang set lah apa-apa tema yang menarik macam tema baju tidur ke, tema princess atau tema bola dan buat pelbagai aktiviti seperti manicure, pedicure atau movie night. Mesti anak korang dan kawan-kawan dia enjoy sangat!
3. Petik buah di dusun
Selalunya bila cuti sekolah, bukan anak-anak je yang cuti, mak bapak pun akan ambil cuti panjang. Time ni lah nak balik kampung lama-lama. Dah alang-alang balik kampung tu, bawaklah anak-anak korang pergi dusun dan mandi sungai.
Yelah, kalau dekat bandar memang susah nak dapat peluang macam ni. Sambil-sambil tu, bolehlah ajar anak korang kenal buah-buahan tempatan yang ada kat dusun tu.
4. Jom buat projek DIY!
Sebenarnya, kat rumah pun korang boleh cipta pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anak korang. Contohnya, make over bilik tidur anak ke, cat rumah, bertukang dan macam-macam lagi aktiviti. Alaa..korang bukak je YouTube atau Pinterest dan tiru je projek-projek DIY yang sedia ada.
Selain dapat tingkatkan skill anak-anak, bonding antara korang anak-beranak pun dapat dieratkan!
5. Nak lagi best, jom ke Sunway Lagoon dan jumpa Captain Quack!
Sebut je Sunway Lagoon, mesti korang dah terbayang tengah bermandi-manda di taman tema air terbesar di Malaysia ni, kan? Kalau korang nak tahu, bermula 23 November sehingga 31 Disember 2019 ni, Sunway Lagoon akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat anak-anak anda!
Antara aktiviti yang diadakan adalah:
Cupcake Decoration Workshop
Saving The Magical Stones
Hop Scotch
Giant Soapy Bubbles
Acro-BATS
Water Zorb Balls
Kiddie Paddle Boats
Take Home Garden
Wahh, *best*-nya semua aktiviti ni! Mesti anak-anak korang terhibur sangat. Silap-silap tak nak balik!
Bukan itu je tau, kat sana nanti, ada juga pelbagai maskot comel Sunway Lagoon seperti Captain Quack & Friends dan juga persembahan seperti Carnival Circus Special, ATV Stunt Show, Viral Load dan Beach Party. Mesti meriah!
Harga tiket mahal ke? Jangan risau, ada promosi istimewa ni!
Korang yang risau tentang harga tiket jangan risau. Lap peluh korang tu sebab sempena cuti sekolah dan Hari Krismas akan datang ni, Sunway Lagoon akan mengadakan promosi hebat dengan harga tiket yang sangat berpatutan dan berbaloi.
Pakej FAMFun RM482 (NP: RM 744)
Tiket masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
Pakej 4 To Go RM532 (NP: RM808)
Tiket masuk untuk 4 dewasa
*sah hanya untuk pembelian online dengan kad pengenalan SAHAJA
Kalau korang nak beli tiket masuk saja pun boleh. Korang beli je online dan nikmati diskaun RM5!
Tiket masuk ke Sunway Lagoon:
Dewasa RM138
Kanak-kanak RM113
Apa tunggu lagi, jom jadikan cuti sekolah ini antara kenangan yang tak dapat dilupakan buat anak anda dan nikmati pengalaman yang menyeronokkan di Sunway Lagoon!
Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket dan promosi terkini, layari sunwaylagoon.com