seismik

Ini Dia 10 Benda Yang Kita Buat Sebelum Wujudnya 'Smartphone'. Budak Sekarang Tak Merasa!

Jom #throwback kejap!

Cover image via SAYS via Instagram

Cuba anda fikir sebentar, sebelum telefon pintar wujud apakah yang selalu anda lakukan untuk mengisi masa lapang? Ada banyak perbezaan ataupun tidak?

Image via GIPHY

Zaman sekarang dah banyak berubah, lagi-lagi bila teknologi semakin berkembang. Kalau teringat balik cerita lama masa dulu-dulu, rasa rindu pulak kan?

Jadi, apa kata korang #throwback balik semua perkara yang korang sering lakukan dalam kehidupan seharian sebelum munculnya kewujudan smartphone dalam hidup korang. Bila teringat balik, sedih sebab budak-budak zaman sekarang tak merasa semua ni.

1. Kalau sekarang ada instant call, dulu guna public phone ajalah

Image via GIPHY

Ingat lagi zaman dulu, setiap kali balik sekolah mesti korek poket baju ataupun dompet syiling nak cari duit untuk guna public phone. Yang paling tak boleh tahan bila line panjang!

2. SMS

Image via GIPHY

Sekarang mana ada lagi orang SMS, paling tak pun semua guna instant messaging (IM). Buat apa nak habis kredit hantar SMS bila korang boleh guna Whatsapp, Snapchat, Telegram atau pun WeChat kan?

3. Game boy memang awesome!

Image via GIPHY

Salah satu daripada permainan yang paling lejen zaman dulu. Siapa yang ada game boy ni, dia dikira paling hebat lah. Walaupun tak ada warna di screen seperti smartphone sekarang, ramai antara mereka yang masih menggilai permainan ini.

4. Ambil gambar guna kamera kodak aja

Image via GIPHY

"Gambar raya tahun lepas dah cuci ke belum?" - soalan yang sering ditanyakan bila habis je raya. Berbeza dengan soalan yang ditanya waktu dulu, kalau sekarang pasti anda akan sering dengar soalan seperti "Dah hantar ke gambar tadi? Send dekat Whatsapp tau!"

5. Kaset atau pun pemain CD, juga dikenali sebagai Walkman dan Discman

Zaman sekarang ni tak payah susah-susah nak download lagu, sebab sekarang dah boleh pilih lagu dekat playlist Spotify aja. Ingat lagi waktu sekolah dulu, kalau siapa yang bawak Walkman ni masa kokurikulum memang hebat lah!

6. Berhentikan teksi tepi jalan

Image via GIPHY

Zaman dulu mana ada wujud lagi apps macam GrabCar atau pun Uber. Dulu-dulu semua orang buat kerja secara manual tau, nak dapatkan teksi pun susah!

7. Waktu petang adalah waktu paling best!

Image via GIPHY

Setiap petang, mesti ada aja alasan nak bagi dekat ibu sebab nak keluar ke padang atau pun taman permainan. Habis je sekolah agama, mesti terus lari ke padang sebab nak main rounders, kalau tak pun mesti guli atau gasing. Rindunya zaman dulu!

8. Kalau nak telefon kawan, kena call rumah

Image via Photobucket

Ingat lagi kalau dulu nak bergayut, mesti kena sorok-sorok tarik telefon rumah masuk bilik nak call pakwe kan. Kalau nak call kawan pun sama, sampai jenuh nak ingat nombor telefon rumah kawan. Sebab tu lah kadang-kadang sampai ada buku khas untuk nombor telefon! Siapa ada simpan lagi telefon rumah macam ni ya?

9. Bayar duit dengan cash terus

Ingat lagi bila kawan-kawan pinjam duit, semua bayar pakai cash terus, tapi sekarang semua guna online banking je. Jimat masa katanya!

10. Beriadah tanpa Snapchat, Instastory dan sewaktu dengannya

Image via Womens Running

Disebabkan smartphone, zaman sekarang ni semua aktiviti nak tunjuk dekat orang. Kalau boleh masa tengah tidur pun nak ambik gambar jugak lah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hanya budak-budak 90an saja akan faham, klik di sini kalau korang dari zaman 90an!

You may be interested in: