Hieda Natasha Anjur Pesta Barangan Mewah ‘Preloved’ Terbesar, Tawar Harga Diskaun Sehingga 70%

Hieda Natasha turut menawarkan 40 tiket pakej Umrah tajaan penuh kepada pembeli bertuah.

Cover Image

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat dan pengumpul barangan berjenama kini berpeluang memiliki koleksi idaman pada harga mampu milik menerusi penganjuran Hieda Natasha Monarchy 11.11 Preloved Bag Festival 2026, yang membuka tirainya bermula dari 7 hingga 11 November ini

Acara selama lima hari yang berlangsung di Perdana Industrial Park, Puchong itu menghimpunkan lebih 10,000 barangan terpakai berjenama (preloved), merangkumi beg tangan, kasut dan aksesori daripada jenama terkemuka dunia seperti Louis Vuitton (LV), Dior, dan Chanel dengan tawaran penjimatan harga sehingga 70 peratus daripada nilai asal.

Pengasas Hieda Natasha Monarchy Sdn Bhd, Hieda Natasha berkata, festival edisi ketiga itu dianjurkan bukan sekadar sebagai platform jual beli semata-mata, sebaliknya berfungsi sebagai ekosistem lengkap yang membolehkan orang ramai mencairkan aset beg mewah mereka secara tunai (buy-off) dan konsainan.

Menurut beliau, dahulunya pemilik beg berjenama bernilai puluhan ribu ringgit berdepan kesukaran mencari saluran dipercayai apabila memerlukan wang tunai segera.

SAYS.com
Image via @hiedanatasha_official (Instagram)

Melalui platform terbuka yang disediakan setiap hari ini, mereka boleh menjual balik barangan berkenaan dengan proses bayaran pantas pada hari yang sama.

Beliau mendedahkan ramai pelanggan datang melepaskan koleksi masing-masing atas desakan hidup, termasuk bagi membiayai kos rawatan perubatan kritikal seperti kanser atau melunaskan tunggakan utiliti keluarga, sekali gus meletakkan tanggungjawab kepada pihaknya untuk memastikan mereka memperoleh penilaian nilai yang adil dan berpatutan.

Tawar polisi jaminan pemulangan wang 100 peratus sekiranya mana-mana produk didapati tidak tulen

Bagi mengukuhkan aspek integriti, penilaian disokong oleh pensijilan ketulenan diiktiraf seperti Entrupy dan Legit, di samping khidmat lima orang penilai khas (authenticator) bertauliah bagi memastikan setiap unit beg disaring secara terperinci sebelum dipasarkan kepada umum.

Sebagai ganjaran istimewa kepada pengunjung, kemuncak acara pada 11 November ini bakal menyaksikan cabutan bertuah yang menawarkan 40 tiket pakej menunaikan ibadah Umrah tajaan penuh kepada pembeli bertuah tanpa sebarang syarat had nilai minimum perbelanjaan.

Selain itu, lima pelanggan terpilih daripada kategori yang menjual (buy-off) dan meletakkan barangan secara konsainan berpeluang membawa pulang hadiah jongkong emas (gold bar).

Festival ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 11 pagi hingga 7 malam setiap hari bertempat di No 6, Jalan PP 16/7, Taman Putra Perdana, Puchong, dengan turut melibatkan kerjasama bersama pembeli peribadi (personal shopper) di Malaysia bagi memperluas capaian pasaran tempatan serta serantau termasuk Singapura dan Brunei.

SAYS.com
Image via @hiedanatasha_official (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS