Hijrah Bantu 150 Keluarga & Kanak-Kanak Asnaf Sediakan Kelengkapan Untuk Hari Raya
Program itu dinamakan Titipan Kasih Harian Metro bersama Hijrah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Hijrah.
Baru-baru ini, Harian Metro telah berganding bahu dengan Hijrah untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan tahun ini
Perkara ini bagi meneruskan misi untuk menyemarakkan kebaikan kepada masyarakat yang memerlukan. Harian Metro dan Hijrah sama-sama membantu menyediakan kelengkapan dan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai jenama yang prihatin, Hijrah mengambil inisiatif untuk membawa lebih banyak kebaikan dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan selaras dengan makna 'Hijrah' itu sendiri.
Hijrah ialah produk susu krimer manis pilihan rakyat Malaysia yang diiktiraf seratus peratus halal.
Kempen 'Hijrah, Bermula Dari Hati’ dilaksanakan menerusi program kerjasama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama Hijrah
Sebanyak 150 buah keluarga kurang berkemampuan dan 150 orang kanak-kanak asnaf diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Rinching Hilir, Kampung Rinching Hilir, Bangi, baru-baru ini.
Selain itu, terdapat lima kampung yang terbabit dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini iaitu Kampung Rinching Hilir, Kampung Sungai Kembong Hulu, Kampung Sungai Kembong Hilir, Kampung Batu 5 dan Kampung Batu 4.
Hijrah Bermula Dari Hati juga membawa kanak-kanak untuk membeli-belah pelbagai kelengkapan bagi menyambut Hari Raya di pasar raya di Bangi.
Setiap kanak-kanak diperuntukkan sebanyak RM150 untuk membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri seperti baju Melayu, baju kurung, songkok dan tudung mengikut cita rasa masing-masing.
Penyampaian sumbangan duit raya dan Kotak Rezeki yang mengandungi pelbagai barangan keperluan harian termasuk susu krimer manis Hijrah, beras, gula, minyak masak dan tepung bernilai RM150 sekotak diberikan kepada 150 keluarga yang kurang berkemampuan.
Keluarga dan kanak-kanak ini kemudiannya diraikan dalam majlis berbuka puasa di pekarangan Masjid Rinching Hilir. Juadah berbuka puasa termasuk bubur lambuk disediakan secara bergotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid, penduduk kampung serta sukarelawan daripada Harian Metro dan Hijrah.
Harian Metro berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hijrah buat kali kedua berturut-turut bagi membantu lebih ramai masyarakat memerlukan
“Sejajar objektif TKHM menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami adalah untuk membantu keluarga miskin, anak-anak yatim, serta golongan asnaf termasuk ibu tunggal miskin dengan memberikan bantuan berupa barangan keperluan asas serta sedikit wang tunai.” kata Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Program TKHM.
“Fokus utama kami adalah untuk memberikan harapan baharu kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Rinching Hilir pada Ramadan mulia. Oleh itu, kami berharap Kempen Bermula Dari Hati ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengorak langkah mereka sendiri menyumbang kembali kepada komuniti mereka,” kata Siti Nordiana, penyanyi terkenal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram berkata, walaupun negara kian kembali normal, ramai yang masih bergelut akibat wabak COVID-19.
“Hijrah menyedari kepentingan usaha daripada semua pihak untuk mengharungi cabaran kehidupan dan oleh sebab itu mereka berharap kempen ini akan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak keseorangan dalam apa jua cabaran yang mereka tempuhi.
“Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam kempen ini sambil berusaha menjadi versi terbaik diri sendiri setiap hari,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!