Himpunkan Pelajar Tingkatan 6, Program Karakter Bangsa Malaysia Kukuh Perpaduan Kaum
Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia itu menghimpunkan para pelajar Tingkatan 6 di Negeri Sembilan.
Cover image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia yang menghimpunkan pelajar Tingkatan Enam daripada pelbagai latar belakang kaum di Klana Resort, Negeri Sembilan baru-baru ini menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda sebagai pewaris masa depan negara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, program tersebut mencerminkan wajah sebenar Malaysia yang menjadikan kepelbagaian kaum sebagai kekuatan untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu padu dan saling menghormati.
"Perbezaan dan kemajmukan bukanlah pemisah, sebaliknya menjadi wadah yang mengikat keharmonian serta keakraban dalam kalangan rakyat.
"Masa depan negara berada di tangan anak muda, justeru mereka perlu dipersiapkan dengan pemikiran dan gagasan yang menyatupadukan, bukannya dipengaruhi doktrin kebencian, hasutan atau sentimen perkauman yang boleh merosakkan ukhuwah serta perpaduan masyarakat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan (Facebook)Menghayati falsafah kepelbagaian dan surah Al-Hujurat
Dr Zulkifli berkata, pembinaan karakter yang berteraskan nilai murni dan saling menghormati perlu diterapkan sejak di bangku sekolah agar generasi akan datang mampu memimpin negara dengan penuh tanggungjawab.
Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli berkata usaha tersebut selari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang menegaskan bahawa manusia diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenali antara satu sama lain. Beliau berkata, nilai yang terkandung dalam ayat tersebut menjadi asas penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa usaha pembinaan karakter Bangsa Malaysia akan terus diperkasakan bagi melahirkan generasi muda yang menghargai kepelbagaian, mengangkat nilai perpaduan dan bersama-sama menerajui pembangunan negara ke arah Malaysia yang lebih maju, harmoni serta bertamadun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


