seismik

HONOR 90 Kini Dilancarkan, Hadir Dengan Kamera 200MP+50MP Bermula Dari Harga RM1,799

Siri HONOR 90 sedia untuk dimiliki bermula 22 Julai ini, jadi jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal.

Cover image via HONOR Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh HONOR Malaysia.

Peranti pintar terkemuka dunia, HONOR sentiasa memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa kepada pengguna mereka

Selepas beberapa bulan membuat peminat seluruh dunia ternanti-nanti, HONOR akhirnya tampil melancarkan siri HONOR 90 dengan harga bermula dari RM1,799.

Siri terbaharu dengan penanda aras baru dalam fotografi telefon pintar dan perlindungan mata ini mempunyai tiga spesifikasi berbeza serta pelbagai ciri yang menyeronokkan.

Dilengkapi kamera Super Sensing 200MP dan kamera hadapan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan.

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci menghasilkan foto high dynamic range (HDR) terbaik dan terperinci, sama ada dalam suasana cahaya terang mahupun rendah.

Dengan kamera hadapan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G mampu merakam swafoto dengan kejelasan yang mengagumkan.

Dilengkapi teknologi perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko pertama di dunia

Selain kehebatan kamera, HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko pertama di dunia.

Teknologi ini menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekali gus mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa.

Ciri keselesaan mata pertama dalam industri ini menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang secara efektif dapat mengurangkan masalah ketegangan mata apabila cahaya ditetapkan pada tahap rendah.

Paparan HONOR 90 5G juga memiliki ciri pemalapan dinamik yang menghasilkan cahaya semula jadi dan mengatasi masalah keletihan mata.

Selain itu, peranti ini juga hadir dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekali gus memperbaiki kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

HONOR 90 5G juga menawarkan pilihan ruang penstoran sehingga 512GB dan dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition untuk prestasi lebih lancar.

HONOR 90 hadir dengan warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green

Image via HONOR Malaysia

HONOR 90 tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga RM1,799 dan RM2,099.

Untuk pembelian HONOR 90 5G, HONOR berbesar hati menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan kepada pengguna.

Bukan itu saja, pembelian pada 22 Julai akan menerima RM150 yang akan dikreditkan ke dalam dompet elektronik pelanggan di kedai terpilih.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HONOR 90 pada hari Sabtu ini untuk menerima tambahan kredit eWallet RM150!

Image via HONOR Malaysia

HONOR 90 Lite 5G pula hadir dalam warna Cyan Lake dan Midnight Black bermula pada harga RM1,099

Bagi pengguna yang mencari peranti mampu milik tanpa berkompromi dengan kehebatan ciri-ciri sedia ada, HONOR 90 Lite adalah pilihan terbaik.

Peranti ini dilengkapi kamera Ultra 100MP, paparan 6.7 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, memori tambahan 8GB serta penstoran bersaiz 256GB.

HONOR 90 Lite dengan keupayaan mengagumkan ini hadir dalam warna Cyan Lake dan Midnight Black pada harga RM1,099.

Bagi peminat HONOR 90 Lite, HONOR turut menyediakan pelbagai hadiah menarik secara percuma bernilai RM258 eksklusif kepada pengguna.

Bahkan pelanggan juga akan menerima tambahan kredit dompet elektronik bernilai RM50 sekiranya membuat pembelian pada 22 Julai di kedai terpilih.

Image via HONOR Malaysia

HONOR Pad X9 hadir dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB

Image via HONOR Malaysia

Memiliki Paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen dan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, tablet HONOR Pad X9 menghasilkan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan.

Ditambah dengan bateri tahan lama 7250mAh, pengguna dapat menikmati hiburan tanpa gangguan, sesuai untuk menonton Netflix tanpa henti.

Pada harga hanya RM1,099, HONOR Pad X9 hadir dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB.

Sebagai bonus tambahan, HONOR turut mengumumkan pilihan baharu HONOR Pad 8 dengan penstoran lebih besar 8GB+256GB pada harga RM1,499.

Miliki siri HONOR 90 anda segera mulai 22 Julai ini

Orang ramai boleh mendapatkan siri HONOR 90 mulai 22 Julai 2023 dan rasai sendiri pengalaman penggunaan terhebat dengan peranti ini dari harga RM1,799.

Berikut antara tempat dan lokasi yang anda boleh dapatkan siri HONOR 90:

-HONOR Experience Store
-laman sesawang rasmi HiHONOR
-Lazada
-Shopee
-Courts
-Harvey Norman
-Senheng
-SenQ
-Urban Republic
-Maxis
-Yes
-Pengedar sah HONOR

Sementara itu, siri HONOR 90 juga bakal tersedia melalui pelan Celcom dan Digi tidak lama lagi. Nantikan maklumat terkini tentang ketersediaannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri HONOR 90 klik di SINI.

Image via HONOR Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik