Hot FM Kekal Di Tangga Pertama, Media Prima Audio Capai Lebih 5.5 Juta Pendengar Mingguan
Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Media Prima Audio (MPA) baru-baru ini mengumumkan keputusan Tinjauan berdasarkan Nielsen dan Consumer & Media View (CMV)
Keputusan tersebut berdasarkan tempoh Julai 2022 sehingga Jun 2023 dalam golongan individu berusia 15 tahun dan ke atas di Semenanjung Malaysia.
Radio dibawah naungan Media Prima Audio telah menunjukkan gambaran yang jelas mengenai preferensi dan harapan pendengar terhadap stesen radio. Daripada keputusan tinjauan tersebut menunjukkan jenama yang berada dibawah MPA telah mencapai jumlah lebih 5.5 Juta pendengar mingguan berdasarkan tinjauan kali ini.
Sekali lagi Hot FM telah mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio No. 1 di Malaysia!
Hot FM merupakan stesen radio berbahasa Melayu yang melonjak naik hari demi hari. Daripada Julai 2022 hingga Jun 2023, radio tersebut membuktikan seramai 3.73 Juta pendengar yang setia mendengar Hot FM sepanjang masa.
Pelbagai kempen yang dianjurkan oleh pihak Hot FM antaranya ialah Hot Hulur Wang Sama Pendengar (HWSP) dimana pemenang dapat membawa wang tunai sebanyak RM300,000. Bukan itu sahaja, Anugerah TerHot, Last Beat Hot FM, Piknik Hot di beberapa tempat dan lain-lain kempen lagi.
Pada 26 October 2023, Hot FM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan gandingan baharu untuk segmen HotFlix bersama Ayu iaitu Aidil Fikri. Aidil Fikri merupakan DJ AI berbahasa Melayu pertama di Malaysia. Setelah 3 minggu Ayu dan Aidil Fikri ke udara di segmen tersebut, ia menunjukkan impak yang positif daripada pendengar kerana mereka mendapati DJ AI ini adalah sesuatu yang baharu dalam industri.
Selain itu, Fly FM juga menunjukkan lonjakkan yang positif dan masih mengekalkan prestasinya dengan menjadi stesen radio No. 2 berbahasa Inggeris di Malaysia!
Seramai 2.11 juta pendengar yang mendengarkan Fly FM setiap hari. Fly FM juga tidak kurang hebat dengan pelbagai kempen antaranya ialah Code Breaker, RnB Flydays x DJs Playground, penyampai radio AI pertama di Malaysia iaitu Aina. Aina telah membuktikan kepada pendengar radio bahawa teknologi AI ini mampu membawa sesuatu baharu kepada industri media.
Lantas itu, Hot FM telah menganjurkan sebuah majlis doa selamat bagi meluahkan rasa syukur tentang keputusan tinjauan tersebut
Anak-anak yatim daripada Rumah Cahaya Kasih, Kota Damansara turut hadir bersama-sama untuk memeriahkan majlis. Barisan penyampai radio Hot FM antaranya DJ KJ, Fara Fauzana, AG, Keymi, Aisha serta Ayu juga hadir memeriahkan majlis, selain barisan artis tanah air seperti Alif Satar, Faizal Tahir, Amir Masdi, Amin Idris, Fakhrul UNIC dan Killa Driz.
Bukan itu sahaja, pihak MPA juga mengambil inisiatif dan peluang ini untuk memanjatkan doa kepada saudara di Palestin yang sedang berjuang. MPA juga membuka ruang kepada pendengar yang ingin membantu dari segi wang ringgit, boleh disalurkan ke Bank Muamalat 1410 0008 844715 (Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima) dengan reference Hot FM.
Tambahan lagi, stesen radio yang dijenamakan semula daripada Buletin FM iaitu Kool 101, telah membawa pelbagai kempen untuk berusaha dekat dengan rakyat dengan kempen-kempen yang berjiwa rakyat.
Dengan jumlah pendengar seramai 192,000 pendengar, Kool 101 telah berjaya menarik hati pendengar untuk sentiasa dengarkan isu semasa dan sosial daripada Kool 101.
8FM juga telah dijenamakan semula kepada Eight FM. Penjenamaan tersebut adalah kerana Eight FM ingin berdiri dengan jenama mereka berbanding gunakan logo yang lama. Kempen yang diadakan di Eight FM telah mendapat sokongan pendengar terutamanya seramai 592,000 pendengar yang mendengarkan Eight FM sehingga hari ini.
"Kami sentiasa inginkan pembaharuan kepada setiap stesen untuk menambah baik kandungan dan memuaskan hati pendengar. Saya juga meluahkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada pendengar kami atas setiap sokongan yang diberikan kerana setia mendengarkan radio-radio di Media Prima Audio. Tidak lupa juga kepada rakan kongsi kami yang telah banyak membantu dan menyokong kami dari dulu lagi. Tanpa anda, tiadalah kami disini untuk merasa menjadi stesen radio No.1 di Malaysia", kata Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!