[GALERI] Siapa Dah Tengok Hotel Kontena Di Johor Ini? Memang 'Style' Habis!

Makin lama makin unik hotel-hotel di Malaysia ni.

Cantik, terbaik dan memang cool! Itulah yang dapat kami ungkapkan apabila melihat hotel kontena yang terletak di Muar, Johor ini

Gambar-gambar di atas pun dah mencuri hati dan pandangan kita kan? Apa kata anda scroll lagi ke bawah.

PPT Muar Hotel yang terletak di Jalan Bakri Muar, Johor ini membawa konsep yang berbeza dan unik sekali kerana berkonsepkan bilik dalam kontena

Pilihan warna-warna ceria yang digunapakai pada kontena betul-betul menyerlahkan lagi keunikan hotel ini. Konsep, ciri-ciri dan susun atur hotel ini juga sangat minimalis.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 41 buah bilik disediakan di sini dan setiap bilik mempunyai perinciannya yang tersendiri. Cukup cantik dan selesa!

Hotel ini menyediakan 6 jenis bilik iaitu single room, standard room, deluxe room, classic room, family room dan executive room. Setiap bilik mempunyai dekorasi yang tersendiri dan buat masa ini PPT Muar Hotel sedang mengadakan harga promosi buat semua bilik. Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya.

Menariknya lagi, hotel ini juga bertemakan alam yang mana silingnya bercorak lukisan langit dan awan. Jadi apabila anda berada di dalam hotel ini, anda akan merasa seolah-olah berada di waktu pagi yang indah. Sangat menyegarkan!

Penggunaan cahaya lampu seperti downlight juga memberikan suasana indah di dalam kawasan hotel tersebut. Kombinasi tumbuhan, awan dan lampu ini pastinya membangkitkan mood ceria buat sesiapa yang menginap di sini.

Lihatlah dekorasi dalamannya ini. Tak boleh sangkal lagi, memang terbaik dan dalam masa yang sama sangat mendamaikan.

Buat anda yang ingin menginap di sini, jangan risau kerana kawasan meletak kereta juga disediakan bersebelahan hotel. Jadi, mudah untuk anda sekiranya ingin bergerak melawati tempat-tempat menarik di sekeliling Muar dan Johor.

Alamat penuh
41 - 3, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor

Untuk tempahan sila hubungi:
Tel No: 06 - 953 9999
Fax No: 06 - 952 3377

Layari pptmuarhotel.gbs2u.com untuk maklumat lanjut.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mungkin anda mahu rasai pengalaman berbeza ketika bercuti? Apa kata try bermalam di tree house unik INI:

Leave a comment