HRXPERT Perkenal Talian Kecemasan HR, Bantu Majikan Tangani Isu Pekerja Dengan Lebih Yakin

Difahamkan, talian itu berfungsi sebagai saluran panduan awal dan bukan pengganti kepada nasihat perundangan khusus.

Cover ImageCover image via HRXPERT

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengurusan pekerja merupakan antara cabaran paling utama yang sering dihadapi oleh majikan dan pemilik perniagaan atau syarikat, khususnya melibatkan isu disiplin, ketidakhadiran, prestasi kerja, penggajian, penamatan perkhidmatan serta pematuhan undang-undang pekerjaan

Menyedari cabaran tersebut, HRXPERT memperkenalkan Talian Kecemasan HR, sebuah saluran respons pantas yang membolehkan majikan dan pemilik perniagaan atau syarikat mendapatkan panduan awal secara percuma sebelum mengambil tindakan berkaitan pengurusan pekerja disamping mematuhi undang-undang buruh.

Inisiatif ini khususnya bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tidak mempunyai jabatan HR dalaman atau memerlukan pandangan profesional dalam menangani isu pekerjaan.

Bagi memperkukuh inisiatif ini, HRXPERT turut melibatkan Tuan Haji Hussain Ali Meah, mantan Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan Buruh (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)), sebagai Penasihat Utama HRXPERT.

Pengalaman beliau dalam bidang perundangan pekerjaan dan pengurusan perhubungan perusahaan dijangka dapat memberikan nilai tambah kepada pendekatan khidmat nasihat kepada majikan-pekerja yang disediakan oleh HRXPERT.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via HRXPERT

Melalui inisiatif ini, majikan boleh mendapatkan panduan awal secara percuma berkaitan isu pengurusan pekerja

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HRXPERT, Dr (HC) Norazlina Abdullah, antara cabaran yang sering dihadapi majikan bukan sekadar masalah pekerja, tetapi juga kekeliruan tentang prosedur dan undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu keputusan adil dan saksama dibuat.

"Ramai majikan tahu apabila pekerja melakukan kesalahan, tetapi tidak semua tahu prosedur yang perlu diikuti. Kesilapan dalam mengambil tindakan boleh menyebabkan pemilik perniagaan atau syarikat berdepan risiko pertikaian dan tuntutan undang-undang.

"Sebab itu kami memperkenalkan Talian Kecemasan HR supaya majikan mempunyai tempat untuk mendapatkan panduan awal sebelum membuat keputusan,"
katanya.

Melalui inisiatif ini, majikan boleh mendapatkan panduan awal secara percuma berkaitan isu pengurusan pekerja. Bagi kes yang memerlukan semakan dokumen, penyediaan surat rasmi, pengendalian tindakan disiplin atau penelitian lanjut, HRXPERT turut menawarkan perkhidmatan konsultasi profesional berdasarkan keperluan dan skop kes, dengan sebarang caj dimaklumkan terlebih dahulu.

Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan HR yang baik bukan sekadar memastikan pekerja mematuhi peraturan, tetapi juga melindungi kepentingan dan kelangsungan perniagaan demi keharmonian dan kejayaan perusahaan.

SAYS.com
Image via HRXPERT

Pengenalan Talian Kecemasan HR ini merupakan sebahagian daripada komitmen HRXPERT untuk menjadi rakan strategik majikan dalam membangunkan pengurusan sumber manusia yang lebih sistematik, profesional dan mematuhi undang-undang pekerjaan.

Talian ini berfungsi sebagai saluran panduan awal dan bukan pengganti kepada nasihat perundangan khusus. Respons adalah tertakluk kepada waktu operasi

Majikan dan pemilik perniagaan yang mempunyai persoalan berkaitan pengurusan pekerja boleh menghubungi Talian Kecemasan HRXPERT di 019-404 3821 atau 012-783 6774, atau melalui emel  [email protected] dan laman web di https://hrxpert.com.my!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: