HUAWEI Lancar NOVA 5T Dengan 5 Kamera AI Berharga Hanya RM1,599! Ini Cara Untuk Pre-order!

Anda juga berpeluang mendapatkan beberapa hadiah eksklusif bernilai RM325!

Image via Huawei Malaysia

Korang pasti menantikan telefon pintar mid-range terbaru daripada HUAWEI iaitu nova 5T. Kemunculan sulungnya di Malaysia Kuala Lumpur Fashion Week minggu lalu, HUAWEI nova 5T berjaya mencuri tumpuan ramai dengan reka bentuknya yang trendy dan lebih menarik pastinya nova 5T ini dilengkapi dengan 5 kamera AI dengan prestasi setanding flagship keluaran HUAWEI.

5 kamera dengan teknologi AI

Image via Huawei Malaysia

HUAWEI nova 5T datang dengan 4 kamera utama 48MP dan 1 kamera hadapan 32 MP. Semua kamera ini dilengkapi teknologi AI bagi memberikan kepuasan merakam gambar dan video yang berkualiti tinggi. Sure cantik gambar OOTD dan selfie korang dengan kamera HUAWEI nova 5T ini.

Kepuasan maksimum dalam sebuah telefon pintar

Image via Huawei Malaysia

Apa yang kami boleh kata, HUAWEI nova 5T antara model mid-range terbaik HUAWEI kerana ia dilengkapi dengan kemaskini EMUI 9.1 bagi membantu kelancaran telefon.

Kemaskini ini fokus kepada kemudahan hiburan melalui peranti mudah alih tanpa had video panggilan masuk. Proses pemindahan dokumen, gambar dan video juga boleh dilakukan dengan cepat dengan perkongsian tanpa wayar One Tap Share.

Dengan teknologi GPU Turbo, frame rates permainan lebih tinggi, permainan video yang lebih lancar serta visual permainan yang lebih baik dengan fungsi HDR. Confirm HUAWEI nova 5T akan bagi pengalaman bermain permainan mudah alih tanpa gangguan untuk korang yang kaki game.

Image via Huawei Malaysia

HUAWEI nova 5T juga datang dengan Chipset 7nm pertama di dunia iaitu Kirin 980 dan ia merupakan Mobile AI Chipset yang dilengkapi dengan dual NPU serta mampu mengoptimalkan prestasi Huawei nova 5T.

HUAWEI nova 5T ada kapasiti bateri 3750mAH dan dilengkapi dengan 22.5W teknologi SuperCharge yang membolehkan bateri telefon dicas semula sehingga ke 50% dalam masa 30 minit je. Laju wei!

Paling best, HUAWEI nova 5T hadir dalam 3 gradien warna unik iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan warna hitam yang pastinya boleh dipadankan dengan gaya korang setiap hari.

Preorder sekarang & dapat hadiah percuma!

Image via Huawei Malaysia

Walaupun HUAWEI nova 5T akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 September 2019, tapi korang dah boleh buat pre order tau bermula 29 Ogos sehingga 5 September 2019. Harga HUAWEI nova 5T ialah RM1,599.

Image via Huawei Malaysia

Melalui pre order, korang boleh dapat banyak hadiah eksklusif daripada HUAWEI.  Antaranya HUAWEI Mini Speaker bernilai RM198, HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 dan jaminan tambahan selama 1 tahun.

Buat pengguna sedia ada HUAWEI, korang boleh buat buat Level-up Program kalau nak bertukar ke HUAWEI nova 5T. Nak tau macam mana klik je link ini atau terus ke HUAWEI Stores berhampiran korang pada 7 September 2019.

MediaPad M5 Lite 10 pun dah boleh start order!

Image via Huawei Malaysia

Jap, bukan tu je! Kalau korang nak tau, pre oder untuk MediaPad M5 Lite 10 pun dah dibuka tau! Dilengkapi dengan lapisan perlindungan pada skrin bagi melindungi mata korang, MediaPad M5 Lite 10 juga mempunyai sistem bunyi yang dah diiktiraf oleh Harman & Kardon.

Image via Huawei Malaysia

MediaPad M5 Lite 10 ditawarkan pada harga RM1,299 je. Kalau pre order sekarang, korang boleh dapat free gift yang menarik iaitu mini speaker eksklusif dan Mpen yang berharga RM258. Tapi, siapa cepat dia dapat tau!

Pada yang nak usha HUAWEI nova 5T secara dekat boleh ke HUAWEI Stores atau singgah je ke roadshows HUAWEI berdekatan korang. Untuk info lebih lanjut tentang produk keluaran HUAWEI korang klik je kat sini!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment