seismik

Neelofa Papar Sisi Kehidupan Sebenar Dalam #FollowLofa, Siri Realiti Web Terbaru

Peminat Neelofa mesti dah tak sabar nak tengok.

Cover image via Instagram @neelofa

Laman online gaya hidup Malaysia, hurr.tv melancarkan ‘ShowReal’, siri realiti web terbaru yang memaparkan sisi kehidupan selebriti terkenal tanah air

Image via hurr.tv

Portal strim video hurr.tv telah melancarkan 'ShowReal' pada minggu lepas dan selebriti pertama yang dipaparkan dalam siri ini adalah tidak lain tidak bukan, Neelofa yang diberi judul #FollowLofa.

Aktres, usahawan, pengacara TV, dan penerima pelbagai anugerah yang berasal dari Kelantan, Neelofa adalah lambang kepada wanita Muslim muda moden yang diidolakan ramai peminat.

Neelofa yang merupakan pemilik bersama Naelofar Hijab, Naelofar Casual, dan pengasas Lofalens mengumpul seramai lebih 4.6 juta pengikut di Instagram, 1.3 juta pengikut di Facebook dan 1.8 juta pengikut di Twitter.

Selain itu, Neelofa juga menerbit dan mengacara rancangan motivasinya di Neelofa TV dengan perancangan terkini untuk menjadikannya sebagai sebuah program bual bicara.

Sebagai seorang wanita muda moden yang berjaya, Neelofa menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda supaya gigih untuk mengejar impian

Sama ada menjadi usahawan berjaya atau mengukir nama di dalam dunia hiburan, Neelofa telah melakukan kedua-duanya dalam masa serentak pada usia yang begitu muda.

Pengarah Siaran hurr.tv, Elaine Daly yang mengulas mengenai rancangan tersebut berkata ‘ShowReal’ adalah sebuah siri realiti web yang disediakan untuk peminat yang ingin mendapatkan pendedahan ekslusif mengenai personaliti yang hidup di kaca mata umum.

Menerusi #FollowLofa, inilah peluang untuk melihat diri Neelofa yang sebenar

Ini adalah julung kalinya Neelofa muncul dalam sebuah rancangan realiti yang memaparkan sisi kehidupan dan personaliti beliau yang sebenar.

Melalui enam episod web, penonton boleh #FollowLofa untuk ketahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi Neelofa bersama keluarga dan rakan-rakan, kariernya dalam industri hiburan, dan usaha membangunkan jenama beliau tersendiri.

Lebih menarik, episod pertama akan mengikuti sesi ramah mesra peminat #LoFattah yang turut menampilkan hero pelakon ‘Suri Hati Mr. Pilot’, Fattah Amin

#LoFattah

Image via Instagram @neelofa

Adakah peminat akhirnya akan mendapat penjelasan teka teki hubungan Neelofa bersama Fattah?

Episod berikutnya akan membawa peminat ke pelbagai aktiviti harian Neelofa termasuk tinjauan ke set ‘Meletop’ yang dihoskan Neelofa, pelancaran koleksi Naelofar Hijab ‘Lady Lofa’, gaya Neelofa pada sesi peragaan, di sebalik tabir ‘Anugerah Meletop’, Neelofa di set iklan serta persediaan Neelofa dan ahli keluarga menjelang perkahwinan adiknya.

Sebagai kolaborasi bersama bagi siri #FollowLofa, Fashion Valet akan menggayakan Neelofa dalam setiap episod

Pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof (kiri) bersama Neelofa.

Image via Instagram @vivyyusof

Lagi best, kod diskaun RM50 akan muncul secara rawak dalam setiap episod yang membolehkan penonton mendapatkan koleksi sama yang dipakai Neelofa dengan pautan yang akan membawa penonton ke laman web Fashion Valet.

Selain itu, terdapat juga satu pertandingan mingguan di mana tiga helai pakaian yang dipaparkan dalam episod #FollowLofa akan diberikan kepada pemenang setiap minggu.

Episod web pertama #FollowLofa akan ditayangkan di hurr.tv pada Rabu, 26 April 2017 jam 6 petang

Episod web seterusnya boleh ditonton di hari yang sama pada waktu yang sama setiap minggu.

Image via hurr.tv

Maklumat lanjut sila layari hurr.tv.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: